INFO,  kisahsidairy.com,  pregnancy,  Tips

Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum
sumber :google
Seperti biasa lah kan,Blog tak berapa nak updated!!..Tapi tetap gagahkan jugak update hari ni walau keadaan tidak mengizinkan.
Lately ni,kepala sakit,mungkin disebabkan sakit gigi yang semakin teruk.Dah mintak nasihat doktor,tapi dikhuatiri akan membahayakan kesihatan aku sendiri.Hanya dapat ubat panadol sahaja untuk mengatasi sakit kepala.Kalau ikutkan hati nak je cabut gigi ni.Tapi bila fikirkan kesihatan diri dan baby dalam kandungan ni,terpaksalah ikut jugak.
Tinggal sehari je lagi kita akan didatangi oleh Ramadhan Al-Mubarak.Alhamdulillah…Masih lagi berkesempatan untuk menerimanya lagi..
Tapi..bila terfikir tentang kandungan ni,agak-agak boleh ke tidak berpuasa tu nanti.Banyak jugak tips yang aku ambil dari blogger-blogger yang share tentang tu.Alhamdulillah,semuanya di hujung jari.Cuma tinggal nak praktikkan sahaja.
Banyak benda yang aku google tentang wanita mengandung berpuasa.
Adakah selamat bagi wanita mengandung untuk berpuasa ni ye…
Di petik dari blog dr.Zubaidi.
Kandungan aku dah masuk minggu 34…Ini bermakna lagi 6 minggu sahaja nak bersalin..Insya allah..Moga Allah permudahkan urusan bersalin nanti.
Ada juga aku membaca tentang Hukum Wanita Mengandung berpuasa iaitu :-
Kebanyakkan para ulama’ berpendapat bahawa tidak boleh  berpuasa jika si ibu khuatirkan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum
Bertepatan dengan Firman Allah swt 

” Dan jangan kamu membunuh diri kamu( al-nisa’4:29)

“Dan jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan(al-baqarah 21:59)

Antara Tips yang yang aku baca sebagai panduan adalah :-

Tips berpuasa:

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil. 
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat. 
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.

 Dipetik dari blog Mariafidz

 Harap nanti aku boleh berpuasa penuhla..Risau jugak tu nanti..Korang pulak macam mana..ada tak antara korang yang mempunyai pengalaman mengandung ketika berpuasa..

Jom share..

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE