checkup,  kisahsidairy.com,  pregnancy

Checklist Barang keperluan bayi dan ibu ke Hospital

Assalamualaikum

Checklist Barang keperluan bayi dan ibu ke Hospital.Bila dah masuk usia kandungan mencecah 8 bulan ni,kenalah buat persediaan awal.Persedian dari barangan yang akan dibawak ke Labour room nanti.Sebenarnya start dari 7 bulan orang dah sibuk buat persediaan barangan yang akan dibawa ke Hospital.

Tapi aku ni ilek je..Macam tak risau je nak buat benda tu.Tapi masa balik kampung tuari,setelah dibebel oleh mak,balik tu,terus siapkan apa yang patut.Mak dah pesan,siapkan awal-awal.Nak bersalin ni,tak tentu masa.Kekadang tak perlu tunggu 9 bulan pun,kalau bayi nak keluar,dia tetap akan keluar jugak.
Semakin dekat ni,semakin risau pulak.Banyak yang aku google tentang senarai yang perlu dibawa bila ke hospital nanti,especially untuk baby..Kalau mak baby,tentu² nya pakai baju hospital kan..Tapi bila baby keluar dari perut ummi dia nanti,nak pakai baju apa pulak kan…hehehe
Setelah puas menggoogle,dah pun jumpa senarai barang yang perlu aku bawa.Aku bawak dua beg untuk letak dalam kereta.Aku asingkan baju baby dan baju aku.Sebabnya,baju baby tu akan dibawa masuk ke labour room.Yang aku punya tu takler kisah sangat kan..Ke Kisah????
Apa yang perlu dibawak tu??
Senarai barang baby untuk di bawa ke Hospital
  1. Diapers(aku beli yang newborn)
  2. Tuala baby(Receiving Towel)
  3. Wet Tissue
  4. Baju baby(aku bawak sehelai lengan panjang and sehelai lengan pendek)
  5. Sarung tangan
  6. Stokin
  7. Toiletries
Senarai barang ibu untuk di bawa ke Hospital
  1. Buku pink
  2. Kad pengenalan
  3. Nursing Bra
  4. Maternity pad
  5. Baju
  6. kain batik
  7. Tuala
  8. selipar
  9. tudung 
  10. stokin
hah…itu je kot yang aku bawak..Nanti dah bersalin,pepandai ler en.husband bawak mana² lagi barangan yang penting kalau aku kena tahan wad lama…
sumber ni banyak yang aku google di blog2 mommy…Dan yang paling utama adalah kat sini
Ke ada lagi yang aku tertinggal ek!!…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE