Uncategorized

Bila Usia Kandungan Dah MAsuk 32 Minggu

Assalamualaikum
Dah beberapa hari jugak tak ter update blog ni..Since hari jumaat lagi dah dibiarkan kosong tanpa update.
Dari hari khamis lagi rasa tak sedap badan.Rasa semput je nak berjalan..Tetapi ku gagahi jugak kaki ke tempat kerja khamis lepas.Pagi Jumaat tu aku dah rasa tak sihat badan..Selsema dan batuk dah menyerang.Tapi aku tak pergi klinik pun.Cukuplah berehat kat rumah.MC pun dah habis…Tu semua dah tak fikir dah..Kalau dah tak sihat,nak buat macam mana kan.Lastly,Dapat berehat kat kampung.Alhamdulillah…Itu je yang boleh berikan kedamaian.Kurangkan stress tentang nak bersalin dan lain-lain..haha
Dok kampung memang seronok,syok bila boleh bercuti ngan mak.Boleh berbual-bual dengan mak.Lagipun musim cuti sekolah ni,ramai ler anak buah yang balik kan..So gamat rumah nenek.Awfiyah pun seronok.Tak risau nak lepas macam tu je,Sebab ramai yang jaga dia sementara ummi dia berehat.
Hari sabtu dah terpaksa balik ke rumah,sebab esoknya ada appointment dengan doktor Pakar di Hospital Sultanah Aminah.Dengan berat hati jugak tinggalkan Nur awfiyah buah hati ummi kat kampung.Gundah gulana jugak lah ummi bila tiap-tiap malam tidur tanpa si kecil tu.
Ahad pagi,Bangun pepagi buta sebab appointment dengan doktor pukul 8 pagi..Tapi itupun dah terlambat dan kalau boleh lambat-lambat lagi bagus.Biasalah bila dah jumpa doktor pakar,Tak tentu pukul berapa dapat jumpa.Macam semalam,terpaksa tunggu sampai pukul 11 lebih.Baru muncul doktor pakar.Itu bukan terus dipanggil.Of courselah orang yang terdahulu di panggilkan.Last-last nama aku dipanggil dalam 12 lebih..Dah time makan tengahari.Bayangkan aku dari pagi minum milo je dari rumah.Masa tu memang dah tak tahan nak muntah sebab perut masuk angin.Paksa jugak en,husband belikan kuih muih dulu.
Bila usia kandungan 32 minggu ni,Semuanya rasa macam serba tak kena.Nak berjalan jauh sikit pun dah rasa semput.Buat kerja lebih sikit pun tak boleh sangat.Tapi terpaksa jugak buat,kalau tak manja pulak badan ni kan.Lagipun kalau kita duduk je pun,tak bagus lah untuk jantung dan baby..Kena banyakkan jugk berjalan dan keluar peluh..betul tak.
Tapi yang tak bestnya,bila usia kandungan dah 32 minggu ni,2 kali seminggu kena buat appointment dengan Hospital Sultanah Aminah.Itu baru Hospital,belum lagi klinik kesihatan.Kira untuk bulan ni,setiap minggu adalah rutin aku untuk ke klinik dan Hospital sehinggalah Delivery.Cuma di Hospital ,dah tak payah nak jumpa dengan doktor pakar.Doktor pakar cuma nasihatkan,after deliver,jangan skip appointment Jantung.
Aku boleh bersalin Normal.alhamdulillah..Tapi ada dekat buku tu tulis epidural..Eh..korang ada ke pengalaman ambil epidural di hospital..yang aku tau banyak di hospital swasta je kan.
Doakan aku dan kandungan dalam keadaan baik dan selamat ye.Hanya tinggal 8 minggu sahaja untuk bersalin..Moga Allah permudahkan urusan aku..Iskkk.panjang bebeno entry ni kan..hua..hau..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *