Uncategorized

Dah Pandai Demand!

Assalamualaikum
Cerita pasal Nur awfiyah,anakanda kesayangan sorang tu..Wah..semakin hari dah semakin demand..Cerita malam tadi.Babah dia ajak pi Mr.DIY yang berdekatan dengan rumah..Aku ada cerita kat entry ni pagi tadi.
dalam entry Si Pulut Mangga tu.
Bawak pi masuk Mr.Diy memandangkan aku tak pernah lagi masuk kedai yang berhampiran dengan rumah tu.Tujuannya nak cari padlock untuk rumah baru aku tu.Jalan-jalan kat tempat mainan,Uih…kemain lagi muncung ikut sekali dengan telunjuk nakkan mainan..Bila tak bagi,amboii..anak dara sorang tu menjerit.Habis satu kedai tu dengar suara dia..Pandai pulak tu memilih…Tapi pilihannya tu takdelah mahal mana pun.Cuma barang mainan tu tak sesuai dengan dia..Kecil sangat-sangat.
So,memang tak berani nak beli,Pilihkan mainan yang lain pulak..Ok..diterima..Lepas tu bila ummi dia pegang mainan lain,terus nak jugak.Tapi mainan yang tadi tetap dalam genggamannya..Tak nak lepas langsung.Uisskk..anak aku dah pandai demand.Nak banyak.Bila aku amik salah satu dari mainan tu terus menjerit..
Last sekali sebelum bayar,nampak pulak bola..Tetiba tangan tunjuk kat bola tu..Hamboiii..Sekali lagi nakkan mainan tu ye..amboi..amboi..Tapi bila fikir mainan tu tak sampai pun rm10,ummi ikutkan jugak la..
Di kaunter pembayaran,nak letak barang mainan untuk dikira,terus taknak letak.Nak pegang semuanya.Hai lah anak,cerdik betul.Tapi cerdik macam mana pun tetap kena tipu dengan ummi dia.Ummi dah siap-siap letak tepi kaunter mtak kasi cashier tu kira..Ada dua jenis mainan je yang ummi dia beli..Sebenarnya taknak biasakan dia dengan mainan pun.
Budak mata sepet…Telepon rumah habis dah dia main..
Sedikit selsema semalam.Dah bagi ubat siap-siap takut melarat.
Sudahnya,bila dah sampai rumah,takdenya dia pandang mainan tu.Dia sibuk dok mengemas laci baju nenek dia.Hah!! bab tu memang dia rajin sangat la.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *