INFO,  lifestyle blogger,  parenting blogger,  pregnancy

Usia Kehamilan Dah masuk 30 minggu

Assalamualaikum
Rasa macam sekejap je ,usia kandungan dah menjangkau ke 30 minggu,iaitu 7 bulan.Debak debuk jugak jantung ni kalau nak difikirkan pasal bersalin.70% persiapan baby dah pun siap.Tak banyak kot yang aku beli untuk anak kedua ni.Yelah,Nur awfiyah baru lagi dilahirkan,bermakna banyak barangannya yang masih elok dan boleh digunakan lagi.
Ramai kot dok tanya jantina kandungan aku ni.Isk..Aku memang tak tau.Nak tengok,memang dia xnak kasi tengok jantinanya.Sudahnya,aku prefer beli baju yang baby lelaki dan perempuan boleh gunakan dan avoid membeli baju berwarna pink ataupun biru..Tapi biru tua adalah beli.heheh..
Bila dah Masuk ke 30 minggu kehamilan ni,pergerakkan semakin terbatas,terutama dalam menjaga anakanda kesayangan tu..Kesian dia,kecil lagi dah nak dapat adikkan.Begitu juga bila buat kerja rumah,cepat penat.Even duduk kat kerusi ni pun dah cukup penat bagi aku.Rasa nak bercuti awal je pulak.Tak larat dah walaupun ramai kata perut aku ni comel..hehehe…perut je comel.
Masa ni,pergerakkan bayi dah semakin terasa.Isk…kekadang boleh senyum sendiri bila terasa pergerakkan dia.Semakin kerap dan semakin aktif.Nampak dah perut aku berombak-ombak dek penangan sikecil dalam ni.
Cerita pasal set bersalin ni,buat aku pening kepala sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.Rata-rata aku baca ramai jugak yang pakai set bersalin yang mahal² belaka.Last-last tak digunakan sebaik mungkin…isk..macam rugi jugak.Dah ler budget ciput je ni.Nak taknak call mak,tanya produk apa yang harus dibeli..Last-last mak kata,dah tak payah fikir,nanti mak uruskan dengan  mak bidan..Alhamdulillah..Mak banyak membantu sepanjang aku mengandung ni.Rasa nak bercuti sekarang ni dan duduk dengan mak je..tsst..^_^
Setiap malam kaki sakit.Rasa betis ni dah rasa terlalu keras.Tak taulah terlalu banyak berjalan ke hapa..Tapi rasanya taklah banyak..Kan ke bagus kalau rajin berjalan kan.Boleh memudahkan proses bersalin.

Rasa dah berat sangat kat perut ni.Tak taulah berapa kilo sekarang ni berat dia..Risau jugak dah nak akhir-akhir ni.Lagi lah kalau difikirkan samada boleh bersalin normal atau sebaliknya.Yelah.seperti yang korang tau,masa pregnacy ni,aku memang ada kes jantung.Tu yang dok ulang alik pi hospital dan klinik desa.Iskk…Apa pun ,walau apa pun cara bersalin nanti,aku harap anak dan diri aku sendiri selamat insya allah…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE