Uncategorized

Kencing Kotor Ketika Hamil

Assalamualaikum
Sumber:google
“Nurse,tengokkan result kencing saya,ok tak”
“Eh,kencing awak kotor la…air kencing tadi ada lagi tak,awak hantar ke bilik 17(makmal)
Huh!!! tulah ayat yang aku rasa paling takut..semalam lepas ambil tekanan darah tinggi,berat semua,terus pi toilet untuk check air kencing dan jugak BMI..Dah rasa cuak jugaklah bila nurse cakap macam tu kan.Yelah bila kandungan dah masuk trimester ni,macam² boleh jadi.Mana tau kena tahan wad ke,adeh…masak lah…
Kencing Kotor ketika hamil ni sering terjadi kepada ibu mengandung.Bila dah dapat result dari makmal,terus jumpa doktor.Tanya siap-siap dengan doktor,bahaya tak kencing kotor ni.Kalau dah kerap sangat memang membahayakan kata doktor..Doktor tu senyum je bila aku tanya,pastu dia tanya aku,kencing awak kotor ke?of courselah doktor,tadi saya check memang kotor..Dia sengih lagi kat aku,dia bagitau kat aku,tak serius sangat kencing kotor tu..Jadi jangan risau sangat..Fuhhh..Lega beb..Dah la semalam ramai orang,sesak sangat-sangat.nak tunggu nombor aku dipanggil pun lambat..iskk…Kalau boleh aku taknak ada appointment hari Ahad..Lebih suka hari biasa je..Hari bekerja taklah ramai orang sangat.Tak jugak memeningkan kepala aku.Kalau dah kat klinik dekat setengah hari,bila masa pulak aku nak berehat.Tulah masa yang aku ada untuk anak aku.
Apa itu kencing kotor?
Meh kita kongsikan sikit ilmu tentang ni,Hasil pembacaan aku tentang Kencing kotor
Urinary Tract Infection (Jangkitan kuman di saluran kencing)
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,salur kencing uterer(yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra(yang menghubungkan pundi kencing keluar tubuh)
Wanita amat mudah untuk dijangkiti penyakit kencing kotor kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.
Simptom Kencing Kotor yang kita patut tahu?
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  3. Air Kencing mengandungi darah,berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam da nseram sejuk.
Wanita Hamil dan Kencing Kotor.
Perubahan hormom dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
Tahap Kandungan hormon yang tinggi ketika hamil,menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama,rahim juga semakin mebesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakkan air kencing tersekat.Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing,ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
Selain itu,kuman bakteria mudah membiak dikalangan wanita hamil kerana air kencing wanita jamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula(akibat perubahan hormon) Atas sebab faktor inilah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang(dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.
Pencegahan kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria
  3. Menjaga kebersihan diri
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kapas dan longgar.
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin.
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin dan zinc untuk membantu melawan kuman.
Rawatan Susulan
Jika ada tanda kuman di dalam air kencing,maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil.Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotik yang diberikan,selalunya antibiotik ni diberikan untuk tempoh seminggu dan perlu dihabiskan.Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing.
Apabila sudah tamat,buatlah pemeriksaan air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman,doktor akan memberikan antibiotik yang lain.Jika ianya bertambah parah(pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital..

Harapnya lepas ni bila buat check up,takdelah lagi masalah kencing kotor.Cuma nak habiskan sebotol air pun payah dah sekarang.Risau jugak,dah makin dekat nak bersalin ni,macam-macam hal pulak..isk…
Info:blog dr.zubaidi

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *