kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Keletah Dia Buat Ummi Rasa Tenang

Assalamualaikum
Entry cerita Nur awfiyah lagi.Makin membesar,makin keletahnya mencuit hati ummi..Melegakan perasaan marah ummi,menghiburkan hati ummi tatkala dirundung masalah.Memberi ummi kedamaian apabila melihat muka Nur awfiyah ummi ni.
Tapi rasanya setiap ibu akan ada perasaan yang sama seperti aku kan.Nak cepat-cepat balik kerja.Jumpa anak,main ngan anak,gaduh dengan anak..Semuanya lah..hehehe…
Bila dah meningkat dewasa ni,ragam semakin bertambah.Dah pandai menyebut perkataan nak apabila nakkan sesuatu.Mungkin ditakdirkan Nur awfiyah ummi ni lambat berjalan,tapi takpe sayang.Asalkan ada kemajuan lain dalam diri kamu.4 batang gigi dah menghiasi mulut manis kamu tu.Tak taulah dikategorikan kaki gigit orang ke tak.,.hehehe..harapnya taklah macam tu.Makan pun dah memang pantang bila nampak makanan.Semua nak..Tak kira lah makanan tu pedas atau tidak.
Yang paling ummi tak tahan,bila dah berada di tangga..Rasa cepat jantung ummi ni setiap kali nampak kamu ke tangga rumah.Boleh pulak dia duduk ditangga sambil goyang kaki..amboii..kemain lagi kan…Padahnya,terpaksa lah babah duduk dekat tangga tu jaga awfiyah.Ummi memang dah tak larat nak kejar awfiyah sangat.
Masa ni sibuk mintak makanan dari kakak sepupunya..Sempat Maklong hantar gambar ni kat ummi..Thanks sangat kat maklong sebab selalu snapkan gambar awfiyah

Muka comel ni lah selalu sangat buat ummi senang hati.Segala masalah yang datang pada ummi,alhamdulillah..sangat tenang untuk ummi harunginya.
Insyallah..Moga terus membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa ada disisi ummi.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE