kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Baca Metro: Hilang Nyawa Dalam Tidur

Assalamualaikum
sumber:google 

Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian disedari bapa mangsa Mad Daud Abdul Rahman, 50, kira-kira jam 5.10 pagi ketika pengadu bangun dari tidur.
Katanya, bapa mangsa mendapati anaknya Muhammad Fadhlin berada dalam kain selimut ketika tidur di ruang tamu rumah dan selepas dibuka selimut itu mendapati anaknya tidak bernyawa.
“Mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
“Menurut bapa mangsa, anaknya itu sebelum ini ada menghidap penyakit asma dan mangsa yang juga anak bongsu daripada 12 beradik pernah mendapat rawatan di klinik berdekatan,” katanya.
Beliau berkata, bapa mangsa yang bekerja sebagai pekebun tinggal di Kampung Bintang, dekat sini, membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 pagi di Balai Polis Permaisuri dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49476#sthash.XhhPzFxX.dpuf

Di petik dari Harian metro.Sempat juga aku baca metro online petang² gini kan.Masa aku scroll fb ni tadi,aku dah terbaca tentang seorang bayi yang meninggal dunia tanpa disedari.tu yang aku bukak metro online.

Kalau nak diikutkan kisah seperti ini,aku memang tak boleh nak dengar apatah lagi melihat bayi terseksa atau meninggal.

Kalau di tempat tidur,aku memang tak pernah selimutkan Nur awfiyah.Sebab aku memang takut sangat kalau dia lemas bila pakai selimut.Event alas tempat tidur pun aku tak guna.Hanya tilam yang lusuh tu jelah tempat aku ngan fiyah tidur.Tanpa alas.Janji bersih dari segala kotoran..ngeee.Itu semua memang aku takut.Satu lagi jenis awfiyah,dia memang suka pegang kain waktu tidur.Kalau siang,dalam buai,memang dia pegang kain lampinnya tu.Sekarang ni aku biasakan dia dengan bantal kecil dia.Aku rasa selamat sikit dari kain lampin tu..Biasalah bila memalam buta kita tidur kan,kekadang kita tak perasan..

Tapi itu semua kuasa Allah..Allah swt dah mengkehendakkan bayi itu supaya kembali kepada Nya.Maka kita sebagai ibu bapa harus menerima segala qada’ dan qadar dari Nya.

Selain dari tu ,kita kena jugak selalu berwaspada dan berhati-hati dengan persekitaran supaya tiada insiden yang menyebabkan kecuaian kita kan.Harap Nur awfiyah sentiasa dilindungi Oleh Nya…Insya allah

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *