lifestyle blogger,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Permainan Nur AWfiyah Yang Baru

Assalamualaikum
Pepagi ni saja nak bukak cerita tentang Nur awfiyah,anakanda kesayangan beta ni.Nak cerita apa lagi kan..Baik cerita dia dari cerita benda yang mengarut…heehehe…
Lepas pada baik dari Sakit tuari,alamak…semakin manja pulak si budak gendut sorang ni.Bila fikirkan,kesian pulak dia,kecil² dah kena berkongsi kasih dengan adik dia..Tapi nak buat macam mana kan..Rezeki dia nak dapat adik cepat.Insyallah..Umi akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak ummi..
Sekarang ni taklah banyak meragam,cuma dia suka kalau melepak kat celah kelengkang ummi ni.Pantang ummi duduk dan baring,mesti datang nak menyerang..Ambil bantal busuk dia,terus je baring kat pangkuan ummi bila ummi tengah duduk..alahai anak,dikau buat ummi tak keruan tau..Asyiklah nak balik cepat.Asyiklah jugak sruh Maklong postkan gambar-gambar dia diwaktu ummi tengah kerinduan.
Sekarang ni Nur awfiyah ummi dah ada mainan baru..Bukan baru dibeli.Tapi mainan dari turun temurun kakak sepupu dia yang dijaga masih elok lagi..Syukur,Nur awfiyah tak perlu nak beli yang baru lagi.
1st time naik…teruja sangat dia

Puting tu memang tak lepas kalau dia bermain..Sebab tu kalau leka bermain,ummi akan tarik puting tu keluar

Dah pandai sorong ke hadapan..Lepas ni habis lah diteroka semua daerah dalam rumah maklongnya..
*** Pepagi ni dah terasa mengantuk yang amat sangat.Memang setiap hari macam ni..Pagi dan petang..Masa nilah tangan dijadikan bantal.Dapat tidur sekejap pun jadilah kan..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE