kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  motherhood,  parenting blogger,  pregnancy

26 Weeks Pregnancy :Berat Masih Tak Naik

Assalamualaikum
Dah pun masuk 26 minggu kehamilan..Uih…sikit je lagi dah nak due ni..Perasaan memang ler dok dup dap je.Apatah lagi bila baby kurang bergerak..Macam -macam dah dok fikir tentang baby kat dalam ni.
Lagi satu hal start dari pregnancy ke 21 weeks sampailah dah masuk 26 weeks ni,berat masih macam tu jugak.Iskk…Sampai doktor bising kenapa berat tak naik-naik…
Selera makan ok je..Cuma kurang nak makan je..Lebih suka makan makanan ringan.Nasi pun cuma ambil sekali sehari je.Malam aku suka makan biskut cecah air je.Ataupun suruh my husband belikan burger or roti.Takpun suka makan roti canai dan mee sup.Kalau dah terlalu lapar sangat dan takde makanan,barulah jamah nasi.Muak Kot!!!..Tapi bagilah spaghetti ke hapa depan mata ni,confirm boleh habiskan.
Emm..Lagi satu..Time macam ni,mengantuk memang tak boleh nak handle lah…Mau aku tidur kejap..itu pun nak kena cover jugak..Kot kena buang kerja nanti..Masak lah…
Bila dah semakin dekat ni,rasa macam tak sabar nak tau baby kat dalam ni,gigirl or boboy..Walaupun tak kisah jantina kat dalam ni,tapi sebagai seorang ibu kan..Nak jugak tau jantinanya..Bila tanya doktor still kata tak nampak..Sajalah baby ni nak buat ummi ngan babah surprise kan.
Dah nampak sikit kan baby bump..Ramai kata perut kecil..emm..tak kisah la…janji baby kat dalam ni sihat
Eh..korang rasa dalam ni boboy ke gigirl…heheh..cer teka sikit..
Mata dah berpinar je ni nak tido..Tak sabar nak balik dah ni..Hari ni babah jadi babysitter sampai ke petang…rindu kat budak gendut tu pulak..hehehe
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE