Uncategorized

Nur Awfiyah Dan Puting

Assalamualaikum
Ada orang kata tak bagus bagi puting kosong pada baby.Tapi bila aku google,tak banyak keburukkan bila bagi puting ni kepada bayi.
Wefie Sikit..gambar ni aku pernah upload kat fb..saja nak dijadikan cerita..hehehe…
Nur awfiyah guna puting ni masa usia dia 4 bulan lagi.Masa kecil dia memang diberi susu formula je.Dapat susu dari mak dia pun beberapa kali je..Ada antara sahabat yang tau pasal awfiyah ni faham ler kenapa.
Masa awfiyah kecil,dia memang kerap menangis.KadangĀ² tak kembung perut pun dia menangis jugak.Sebab tulah timbulnya pembelian buaian dan juga puting ni.Abaikan orang nak cakap apa,dari tengok anak nangis tak tentu pasal kan.
Bila dah dapat puting,senang je nak tidurkan dia.sampailah ke hari ni.Puting akan dibawa kemana-mana sahaja..KadangĀ² aku spare dalam handbag.Risau jugak dia mengaruk tetiba.Mana aku nak cekau puting tu kan.hehehe..
Tapi lately ni,bila dah tumbuh gigi dua batang,dia dah jarang sangat nak pakai puting ni.Sikit-sikit dia cabut.Letak tepi,lepas tu bila dah rasa teringin,baru dia amik balik dan masukkan dalam mulut.Tapi kalau tidur malam,memang wajib la dia nak.Kalau dia merengek,memang aku masukkan je puting tu.Senyap la dia tidur.Lepas dah lena tidu,entah ke mana je puting tu kan.
Ada anak saudara aku sorang tu,hisap puting sampai umur dia 3 tahun.Memang orang kata macam gian kalau tak hisap puting tu.Tapi yang aku tengok keburukkan puting ni ada effect pada pertumbuhan gigi yang tak cantik.Harap awfiyah nanti takdelah sampai ke besar.Ni pun aku dah jarang nak bagi dia puting.Kalau dia leka bermain,aku tarik je puting tu dari mulut dia.
Masa nak makan pun sibuk berputing..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *