kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Shopping Keperluan Nur awfiyah

Assalamualaikum
Perihal cerita semalam ni uols…hehehe..sejak bila pulak kan bertukar perkataan uols ni kan..hehehe..Cerita petang semalam,gaji kot!!! Planning balik kerja,amik awfiyah,amik babah kat rumah terus nak pi Maslee terdekat.Shopping barang Nur awfiyah yang dah hampir kehabisan..Setiap kali gaji,memang peruntukkan nur awfiyah diketepikan.Beli beberapa stock seperti pampers,susu,mandian dan juga biskut Nur awfiyah tu.
Itulah rutin setiap sebulan dua kali,mesti berbelanja di Maslee atau Econsave.Bagi aku dua pasaraya tu dah bagi harga termurah untuk pampers dan susu..Satu lagi ada kedai uncle ni yang jual susu awfiyah dengan harga Murah..
Oh..lupa dah nak bagitau,sekarang ni Nur awfiyah dah tak minum susu formula Similac tu..Dulu aku ada cerita pasal susu Nur awfiyah kat sini .Sekarang ni Nur awfiyah dah bertukar menggunakan susu Similac Kepada Dugro 1-3 tahun..Alhamdulillah..serasi dengan dia.
Dia paling suka duduk dalam troli ni..Tapi satu peel dia bila pi pasaraya,cepat sangat mencapai barang-barang yang berdekatan dengan dia

Masa ni dia dok usha mamat kat maslee tu..Sibuk la nak beramah mesra dengan orang..isk…anak dara ni memang tau..
Nak suruh dia duduk diam² dalam tu senang je,bagi je apa² untuk dia pegang,Confirm dia sibuk belek apa yang dia pegang.Cuma mulut je lah yang tak reti duduk diam

Ni masa babah dia dok pujuk supaya tengok kamera..Sekarang ni sungguh demands nak ambil gambar dia..makin suka dia olok² kan ummi dia bila nak amik gambar.
Tapi yang pening masa shopping bila tengok semua paparan GST pada setiap barang.Ada certain barang yang tak dikenakan GST dan ada yang kena.Barang yang dibeli semalam pun,yang perlu je.Yang tak perlu,aku memang tak beli.Cukup untuk makan kami sudah la..Mana yang ada lagi dan banyak kat rumah tu memang kami tak beli.Selalunya dulu,ada jugak buat stock banyak kat rumah.Nak beli lagi tunggu gaji kedua bulan tu pulak.
Bulan ni,tak beli untuk mandian Nur awfiyah memandangkan ada lagi stock 1 lagi kat rumah.
Semalam beli Drypers size M harganyanya Rm35(dalam range macam tulah..aku dah lupa sennya berapa)dan Dugro 1-3 tahun berharga RM25.90(aku beli 2 beg)Selalunya gaji kedua setiap bulan aku beli lagi 2 pack..Satu memang aku standby letak kat rumah SIL.jadi tak perlu bawak balik.Tinggal je kat situ.
Oklah.beli barangan semua semalam tidak lagi melebihi budget yang aku dah asingkan..Alhamdulillah..Lepas keluar dari Pasaraya tu,Misi untuk cari makanan untuk mengisi perut..Waktu ni Nur awfiyah dah mula buat perangai.Maklumlah,sekarang ni sehari sekali je tidur.Lepas maghrib dah waktu dia tidur pun.Bila kat kedai makan,lagi la dia buat perangai..Last² mintak my husband bungkuskan makanan aku,aku pulak pi dalam kereta melayan dia.Isk…Sampai rumah,tukar pampers,terus tidurkan dia.Memang sekejapan je,Terus tidur lena..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE