kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

Isnin yang Lemau

Assalamualaikum
Hari isnin yang aku rasa lemau sangat..Pepagi sedang mengarang entry ni pun aku rasa dah lemau jugak.Ngantuk semacam je..Semalam lepas pada ABPBH 2014,terus tidur je memandangkan hari dah lewat malam.Memang enjoy je tengok ABPBH,walaupun aku rasa pengacara kurang menyengat..hehehe…Pendapat masing-masing..Nak komen keseluruhan cerita pasal ABPBH ni aku malas skit..Just tengok je..hehe
sumber:google
Bila dah seharian semalam,dok tidur,makan,tengok tv,melayan si awfiyah kat rumah nenek dia,wah..kemain suka lagi minah tu..Haish!! sebenarnya hari sabtu lepas,aku decide nak balik kampung.Balik dengan awfiyah je memandangkan my husband tu bekerja hari ahad.So terpaksalah mintak tolong adik temankan balik kampung,.Nak harapkan Nur awfiyah je balik dengan aku,confirm minah tu tak reti duduk dalam car seat..Tu yang paling aku risau kalau nak pi mana-mana dengan dia.Sebab dia jenis memang tak reti dok diam dalam kereta,Dia memang jenis orang yang cepat bosan.So,kalau lama sangat dalam kereta takut dia merengek je lah…Alhamdulillah..dapat jugak balik kampung..Bila mengandung ni,memang teringin sangat nak makan masakan mak sendiri.Bukan kata masakkan MIL tak sedap,cuma kekadang tak kena dengan tekak orang johor macam aku ni..hehehe..ok..part tu aku malas nak cerita…sebab takut terkeluar dari landasan.heheheh
Semalam petang aku dah balik ke jb semula.Selalunya aku balik lepas maghrib,tapi memandangkan aku yang drive,so risau lah kan malam-malam nak driving.Mak pun dah pesan jangan balik malam-malam..Yelah,dia risau sebab aku berbadan dua..Bila duduk rumah dengan mak,macam-macamlah permintaan makanan yang aku request..hehehe..Saja nak memanja dengan mak kan..Dah kawen ni nak memanja dengan mak ni dah terbatas..Maklumlah tak duduk sebumbung dengan dia..
huwaaa!!! mengantuk tahap gaban…heheheh…ayat tak boleh nak blah kan,.Apa taknya pepagi buta aku dah makan mee hoon.Selalunya bila aku beli sarapan,aku akan makan 9.45 nanti..maksudnya waktu rehat.Tapi disebabkan anak dalam perut ni dah menggodam,terpaksalah makan jugak.hehehe…Lepas tu,lapar balik..ya anak,…sabar ye…Kita makan tengahari pulak..heheh..
Oklah…Nak buat kerja apa yang patut dulu..ok bye..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE