jalan-jalan,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

Tangan Nur Awfiyah Terseliuh

Assalamualaikum
Kejadian beberapa hari lepas…Takde update kat mana-mana pun..Aku pun tak tau mana silap sampai Tangan nur awfiyah terseliuh.
Malam kejadian ,bawak dia pi jalan-jalan jusco,happy je dia tu..Sempat bawak pi tempat mainan..Memang teruja dia..Kebetulan Pakcik dia dari Pahang datang bercuti kat rumah.Tu yang bawak jalan-jalan tu..Nak ke bandar johor,takut sesak dan jalan tutup sempena pertabalan DYMM.So,pergi yang dekat-dekat je.
Muka penakut..cuba kalau dapat pegang kat tepi tu,mesti dia tak ingat dunia duduk kat dalam tu
Ok..lepas dah jalan-jalan tu,terus gi rumah abang ipar yang berdekatan je kat situ,Dalam perjalanan,memang awfiyah dah tido dah.Sampai rumah abang ipar,dia still tido..bawak masuk pun tak sedar lagi..Tapi tetiba dia menjerit..Tak tau kenapa…Mungkin sebab panas or keadaan rumah situ..Risau jugak dia nampak “sesuatu” ke..Sampai aku ngan husband terpaksa balik dulu..Dalam kereta puas dia menangis,tido balik,
Esok paginya tak tau apa kena dengan dia,sedap-sedap dia bermain,terus dia menangis..Menangis yang tak henti-henti..Puas dah pujuk..nenek dia amik pun taknak..Sampai jiran datang rumah tanya pasal awfiyah..Yelah..awfiyah tak pernah nangis sampai macam tu sekali..Macam orang merajuk pun ada..
Bila dudukkan dia nak bagi makanan,terperasan tangan sebelah kiri dia taknak gerak..Bila pegang dia menangis..Argghhh…Sudah!!!!…Kenapa pulak tangan dia ni..Aku cuba urut-urut tangan dia..Meraung dia…uhukkk…Nak nangis dah ummi dia ni..Tak tau dah nak buat ape.Terus call nenek dia kat kampung..Nenek dia suruh bawak balik.
Tak fikir panjang dah..terus bawak balik kampung..Sampai rumah,nenek dia urut..lagilah menangis sakan..Mak aku ni,kalau budak kecik sangat dia takut nak urut…Takut salah urut pun ada..Kalau orang tua takpe lagi.
Last-last bawa rumah mak bidan berdekatan dengan rumah..alhamdulillah..berkurangan sikit sakitnya tu.Dari saat tu,maka awfiyah jadi budak baik..Takde pun panjat-panjat kerusi lagi.Duduk je main dengan mainan dia..memang tak lari mana..Tangan sebelah memang dia taknak guna.Even,kalau pegang pun dia marah.iskk…Setiap kali lepas mandi,aku akan urutkan perlahan tangna dia..Mungkin dia fobia nak guna tangan tu untuk bermain.Tapi sejak semalam,dia dah mula guna tangan tu..Dah tak nangis bila dok pegang.Lama jugaklah dia macam tu..Dalam 3 hari gitu..Nasib baik..Risau gak kalau dia sakit lagi kan.
Hari isnin tuari sempat lagi bawak dia pi jalan-jalan Tesco..Yelah sempena cuti umum johor tuari,Duduk rumah pun boring,nak gi tengok perarakan kat bandar malas pulak..Nak-nak ummi dia tengah macm ni,memang tak larat nak pi mana-mana pun.
Kalau duduk dalam stroller ni,memang taknak baring..Nak duduk tegak je..Sesambil tu,riuh mulut menyapa orang..Bila sruh tengok kamera,langsung dia buat dek jek

Sempat nenek belanja KFC hari tu..awfiyah makan kentang je..Ayam ummi ngan babah je makan..hahaha.Masa ni tangan dia masih taknak digunakan lagi…penakut betul anak ummi ni la..hehe
p/s:dah macm boy pun ada..tak sabar nak tunggu rambut dia panjang balik..opppss..entry terpanjang pulak hari ni kan…hehehe

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *