craving,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  pregnancy

Sesekali Teringin jugak

Assalamualaikum
Semenjak kandungan dah menginjak ke 22 minggu ni,macam-macam nak makan..Tekak ni pulak memilih nak makan ape..Iskk..pendek kata kalau tak kena dengan tekak,memang takkan jamah makanan tu..Dahsyat kan.
Sejak mengandung ni,minuman kegemaran yang senantiasa menemani di waktu sarapan pagi,memang tak disentuh.Tapi satu hari tu,bila singgah di Petronas,keinginan tu terserlah dengan kehausan yang memuncak.Pehh..Pepagi dah kena Nescafe sejuk..Kena pulak dengan cekedis kegemaran aku dari kecik..hehehe..Memang mengancam..Last-last…Sendiri lapar sebab pepagi buta dah telan makanan ringan tu..Nak tunggu ke pukul 12 tengahari memang ler lambat rasanya.
Ni pun rasa dah macam nak beli lagi..Tapi sejak minum Nescafe tuari.Jantung ni rasa tak normal pulak..Kekadang berdegup kuat tetapi sesekali..Walaupun sesekali,ia tetap rasa menganggu aktiviti harian aku.
EH..Normal ke tak ek bila jantung macam tu..Ke sebab aku memang ada history sakit jantung..Tanya doktor kalau sesekali tu normal..Adeh…dah jadi tak normal pulak aku rasa ni.
Harap semua ni tak berpanjangan..Memang sejak mengandung ni,rasa macam stress sikit..Stress berhadapan dengan seseorang setiap hari.Yang kadangkala menimbulkan rasa tak puas hati je..Tapi apa kan daya,elak macam mana pun jumpa jugak orangnya..Redha jelah..
Lepas ni dah taknak minum ais dah..Risau kat baby,risau aku kat aku jugak..Kang jadi apa-apa kat aku.Siapa pulak nak jaga anak kesayangan aku nanti.iskk…fikir positif je lah..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *