kisahsidairy.com,  pregnancy,  Tips

Simpul Biawak Dan Pedih Ulu Hati Menjadi Peneman Di kala Malam

Assalamualaikum
Pertamanya dulu nak bercerita pasal kekejangan kaki atau senang dipanggil Simpul Biawak!!
Betis ni dah naik sakit dek kerana dah dua malam kena simpul biawak ni.Nak kata kaki sejuk sangat takdelah kan..Tapi biasa bagi wanita mengandung katanya, akan mengalami sakit ni.
Allah swt je tahu betapa sakitnya bila dah terkena simpul biawak ni.Bukan setakat masa kena je yang sakit,tapi dirasai sehinggalah sekarang.
Nak berjalan pun rasa payah sangat-sangat bila betis ni sakit..nasib baik hari ni pi kerja en.husband yang hantarkan..
Aku ada baca tips dari blogger sheila..meh aku share kat sini
Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.
Lagi satu perkara yang berulang kali aku kena adalah pedih ulu hati..Sampai berpeluh-peluh aku nak tido.Panas rasa di dada ni.Aku ingat dah kena sakit jantung.Tapi bila fikir balik,jantung aku ni ok je..Takde sesak nafas.Dari belakang pinggang aku ni,sampailah ke urat belikat,sakitnya.Kekadang dekat tekak pun rasa macam tak selesa.Tu yang mak aku kata aku kena pedih ulu hati.Minumlah aku ni air suam tiap-tiap malam sebelum tidur.Nak minum gaviscon takut pulak,walaupun orang kata boleh minum gaviscon tu.
Sakitnya bukan kepalang kalau dah kena.Kadang-kadang pun rasa tak selesa nak tidur..Yang aku baca kenapa wanita hamil ni kena sakit ni adalah disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.
Apabila kejadian pedih ulu hati berlaku, asid dalam perut akan naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) berikutan “kebocoran” otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi mengelak makanan naik semula. Selain itu, kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron juga menjadikannya lembut dan mengendur. 
Dan ada juga beberapa tips yang aku baca tentang pedih ulu hati ni :-
  1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
  2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.
  3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
  4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
  5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
  6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
  7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
  8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
  9. Jangan merokok.
  10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
  11. Tangani stres dengan tenang.
  12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.
Sumber :sini
Harap aku boleh mengikuti tips diatas untuk mengelak kejadian yang sama berulang..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE