Uncategorized

Perkembangan Nur awfiyah sekarang

Assalamualaikum
Malam tadi pi shopping barang-barang Nur awfiyah sikit.Mandian,pampers semua dah nak habis..
Nanti kalau lambat-lambat beli,terlupa pulak.
Lepas maghrib,dia dah merengek nak tido,tapi ummi dia buat dono je.Kang kalau dah tidokan dia,tinggalkan ngan nenek,takut terbangun pulak.Last-last,ummi paksa dia supaya tak tido..
Hanya pergi pasaraya terdekat je.Selalunya barangan awfiyah,ummi just beli kat Maslee je.Lagipun harga kat Maslee ok lagi kot.
Semalam survey pampers Drypers,harga Rm33.So,masih lagi ditahap yang boleh dibeli..hahaha…Selalunya sebulan awfiyah pakai 1 beg setengah tu je..Kekadang 1 pek je..itu baru kat rumah..hehehe…Kalau rumah babysitter,boleh lagi bertahan.Susu pun dia tak kuat mana,cuma kuat makan je.
Lepas dah shopping barangΒ² dia,babah ajak pi mengeteh je..Tu pun risau gak nak pi makan,Kot la minah ni berangin..Mau dia mengamuk..Dalam pasaraya kepoh sangat nak menegur orang..isk budak tu..ikut sapa la gaknya..hahaha..
Cari tempat makan yang berdekatan je..Babah takmo makan yang berat-berat sangat.So mamak jadi pilihan.Hanya Order mee goreng dah roti sardin je..Awfiyah kongsi ngan ummi.

Sekarang ni demand nak amik gambar dia.Bila amik gambar,ke kiri ke kanan kepala dia main cak-cak dengan kamera
Perkembangan awfiyah sekarang,walaupun ramai orang cakap dia lambat,tapi takpelah..dah memang belum masa dia nak berjalan kan..Sekarang ni pun dah pandai angkat bontot .Duduk sendiri pun dah pandai dah..alhamdulillah..Satu perkembangan yang baik.Mudah-mudahan nanti,bila adik dia keluar,dia dah pandai berjalan..Bila ingat balik,.rasa kesian pulak kat dia,Kecik lagi dah nak ada adik,Insya allah,,,,ummi ngan babah takkan sia-siakan kamu sayang..
Penyeri rumah tangga kami.Bila penat macam mana pun balik kerja,ambil dia dari SIL,mesti rasa tenang je..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *