kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Bawa Nur Awfiyah Keluar Makan

Assalamualaikum
Cerita semalam petang.Dah lama en.husband dok mengidam nak makan kat Bola-Bola Chicken Chop.
Selalunya kalau gi kedai ni,confirm la ramai orang dan seat penuh..Nak tunggu memang malas la..
So semalam petang,lepas balik kerja,Cepat-cepat pergi takut nanti orang ramai pulak kan.Alhamdulillah,memang masa pergi kedai tu,orang tak ramai.Pilih tempat duduk di bahagian dalam.Lebih selesa dan selamat untuk Nur awfiyah yang baru baik dari demam.Aku ada ceritakan kat sini masa nur awfiyah tak sihat.
Masa aku makan kat sini,takde satu makanan pun aku ambil.Memang tak sempat nak snap gambar makanan disebabkan si gendut yang baru baik demam tu,terlalu aktif.
Aku pernah ceritakan tentang Bola-bola Chicken Chop tu.Aku just order Beef Grill and husband order grill chicken Chop.Lepas tu order sekali dengan nasi goreng pataya.
Aku memang suka makan kat situ sebab rasa sos lada hitam yang sedap dan daging pun lembut dan senang nak potong.
Nur awfiyah dahpun pandai nak duduk dalam Babychair.So,memang senang la nak bawak dia keluar makan.Tapi dak gendut ni memang tak reti duduk diam dalam baby chair tu.Semua nak di capai.Sampaikan bila dia tak dapat apa yang dia nak,dia akan buang puting dan barang yang ada dalam genggaman,tanda nak protes ummi dia la tu..haiii lah anak..
Lepas baik dari sakit ,alhamdulillah,selera makan bertambah-tambah..Pantang orang nak makan ape,mesti dia nak jugak..Nak ambil gambar dia pun payah.
Ni je gambar yang aku rasa elok..Yang lain memang hancusss…
Nasib baik badan dia tak terlalu susut,kalau tak ummi dia lagilah bertambah risau..Harap lepas ni,dia akan sentiasa sihat…lagi sebulan je dia nak genap setahun..Tak sangka dah hampir setahun bersamanya..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *