breakfast,  foodporn,  kisahsidairy.com

Rezeki Di Pagi Hari

Assalamualaikum
Alhamdulillah..Syukur kepada nikmat yang telah Allah swt berikan di pagi hari jumaat yang mulia ini.Disebabkan kes semalam,aku ada cerita kat Entry ni, Berbaloikah Harga Makanan Ini ,Maka dengan gigihnya bangun pagi buat nasi goreng.
Sampai kat tempat kerja pula,ada hamba allah yang baik hati hari ni,bagi pula ketupat palas.Memang dah lama kot mencari.Tapi yelah…nak mencari makanan seperti ni,mestilah di kedai-kedai tertentu kan.Takkanlah kat kedai mamak ada jual..hehehe..
Moga makin luas rezeki kepada rakan kerja yang memberikan aku makanan pagi ni.
Ketupat palas ni selalunya orang pantai timur je yang buat.Jarang orang Johor buat ni.Aku memang suka kalau makanan pantai timur ni.Yelah..kalau ikutkan,aku pun berketurunan orang pantai timur gak,Tapi bila atok nenek dah pindah ke sini kan..
Selalunya masa hari raya je aku dapat menikmati kuih ni..Sekarang ni,mudah sangat kan nak dapat..Kat mana-mana ada jual.Cuma kena rajin mencari je lah.
Apapun tetap bersyukur atas pemberian ni..Jadi tengahari tak payah la keluar makan.Lagipun dua officemate perempuan yang selalu keluar makan dengan aku hari ni ,diorang tak datang pulak..so tinggal la keseorangan.Lagi pulak hari ni hari jumaat,lagi la lunch berseorangan.
Ok…nak buat kerja dlu..ada masa nanti aku nak menyinggah di blog rakan-rakan yang lain

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *