Uncategorized

Berbaloikah Harga Makanan Ini?

Assalamualaikum
Sebagai pengguna,kita selalu  akan rasa tidak puas hati bila membeli makanan yang mahal tak masuk dek akal kan.
Kesempatan peniaga menjual makanan dengan harga yang tak masuk akal tu lah,yang membuatkan kita lebih berhati-hati untuk memilih kedai.Lagi bagus kalau bawak bekalan dari rumah.Tapi kalau berkesempatan untuk menyediakannya kan.Kalau yang tidak tu,terpaksa jugaklah membeli.
Bukan aku nak berkira bab membeli makanan ni,tapi rasa macam tak masuk akal pulak bila harga yang diberikan tu rasa melampau.Kalau kena dengan jumlahnya oklah jugak.Ni hanya beberapa kerat sahaja isi yang ada di dalamnya..Ini baru untuk breakfast.Kalau makan tengahari,tak taulah berapa yang mereka charge.Aku beli pun sekadar peniaga yang jual hanya open table dan payung..Kena charge sehari beratus ke untuk menyewa tapak…Itu tak mungkin kan.

Saja aku besarkan gambar untuk korang nilai sendiri harganya..
Agak-agak korang,berapa harga yang dikenakan atas mee hoon kosong ni dan beberapa kerat paru tu.
Kalau korang nak tau harga untuk mee hoon dan paru ni adalah rm4..Korang rasa? berbaloi atau tidak harga tu..Tak faham lah diorang ni,nak kata harga minyak naik melambung,rasa tak munasabah pulak.haishhh…tak taulah nak salahkan sape dalam hal ni..
Memang rasa dah malas nak pi kedai tu lagi…Esok cari kedai lain pulak..Bila hari-hari gaknya tengok aku beli kat situ je,maunya dia hentam harga macam tu…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *