food,  kisahsidairy.com,  luncheon

Luncheon Di mana-mana

Assalamualaikum
Wah…rajin betul menaip entry hari ni kan..Gigih rasanya walau kerja pun berlambak yang nak kena settlekan…Takpe..rileks suda…tergopoh gapah pun nanti hasilnya tak memberangsangkan.Tajuk dah merapu meraban sebab aku lupa nama restaurant yang aku makan tadi..eim sorry!!!
Ambil mood nak buat kerja yang terbengkalai.Isk..tak patutkan..hehe.
Tengahari tadi,walau dah kenyang,tapi tetap kena keluar makan jugak.Takut petang nanti datang angin kat kepala ni pulak..Dah satu kerja kena telan panadol kan..Tekak ni memang teringin nak makan Rojak petis dari hari tu lagi.Masa kat kampung,kebetulan kedai tak bukak,kat situ je pulak ada satu je kedai yang jual rojak petis…Ya..ampun…nak keluar dari kampung tu memang malas.Dua hari tak bekerja pun tak kemana..Melayankan si awfiyah je kat rumah..Sambil tu boleh la rilekskan badan yang sakit-sakit sejak tuari lagi..Mc dua hari..uiih…seronok kan..Budak bambam tu bukan main manja lagi bila ummi dia ada kat rumah..Langsung taknak dengan orang.
Bila dah berkeinginan,haruslah di tunaikan hasrat tekak tu..Nanti taklah air liur meleleh..hehehe…So ditemani Officemate yang juga sedang pregnant tu,tercapailah hasrat nak makan rojak petis.Walau taklah terlalu superb rojaknya,tapi boleh la buat rasa dek tekak kan.
Itu menu untuk lunch hari ni..Tak makan nasi pun,rasa kenyang pulak walaupun pagi tadi makan mee berlaukkan sardin.Takut nanti bila dah terlalu kenyang,perut lak buat hal..Last-last order Rojak petis dengan Cendol pulut..Aku memang suka cendol kat situ..sedap…memang kena dengan tekak..Tapi tak taulah tekak korang kan..hehehe
Ok..misi tercapai..lepas ni tekak ni mengidam nak makan apa pulak ye..Tak boleh sebut lagi..nanti merbahaya…Tak pasal-pasal telun air liur..
Kopak la wallet kalau hari-hari nak makan sedap.demand betul tekak sekarang ni..Tapi tetap juga lunaskan kemahuan…hehehe
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE