kisahsidairy.com,  review food

Makan-Makan Di Dessert Queen

Assalamualaikum
Teringin pulak tekak ni nak makan Western food dan dessert..Memang kalau kat pasir gudang ni,payah sikit la kan nak cari western tengahari ni.Lain la duduk kat bandar nun..Ada jugak la tempat-tampat lain yang menyediakan Western Food ni ,tapi jauh dari lokasi.
Ini kali kedua kot aku makan kat sini.Menu dia berlainan setiap hari.Setiap hari,Dessert Queen akan update menu apa yang mereka hidangkan hari ni…Best kan…
Teringin nak makan Meatball pulak hari ni.So ajak geng2 office shida and ogy temankan makan..Harus kena makan ikut tekak sekarang ni,nanti anak tak mengences…heheheh..
So hari ni, menu yang aku pilih hari ni Chicken Balls with Mushroom Sauce RM9.90 set dengan air twister Berharga Rm11.90.

Chicken Balls with Mushroom Sauce + Twister Juice
Meatballs with Mushroom Sauce + Twister Juice

Yang bawah ni adalah pilihan ogy dan sida…hehehe..saja lah aku nak rasa lain dari yang lain.sebab kali pertama aku dah makan ni.Harganya masih sama.

Selain dari tu,Dessert queen ni ada jugak jual desert yang menepati citarasa tekak aku..sempat tapau bawak balik red velvet cream cheese berharga Rm5

Bekas kecil ni berharga rm5.
Cukuplah kot kecil macam ni,kang kalau beli bekas besar gedabak tak habis pulak kan..
So far,makanan kat sini memang sedap.Kot lah korang yang berada di kawasan pasir gudang johor ni,Boleh la try menikmati keenakkan makanan dari Dessert Queen ni kan..Apa pun makanan atau tempat makan,kita perlu mencuba untuk tahu sejauh mana kata-kata orang tentang kedai ni..ada Betul ka??
Selain dari dessert yang aku makan..ada lagi yang lain..So yang ni korng kena terjah facebook Dessert queen.

Hot choclate..banyak lagi minuman yang korang boleh minum kat sini.So gambar ni aku ambil dari facebook mereka
Location: Sebaris dengan Klinik Mulia Taman Air Biru.
Facebook: https://www.facebook.com/chenorms/about

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.