INFO,  kisahsidairy.com,  pregnancy

Makanan Tambahan Yang aku amalkan Semasa tempoh mengandung

Assalamualaikum
Happy Monday…walaupun kurang sihat nak bekerja hari ni,tetapi tabahkan juga hati untuk bekerja..Kalau ikutkan hadi dan perasaan ni,memang taknak bekerja.Tapi disebabkan nanti banyak pulak cuti kena potong..
Oklah..pagi ni aku nak share dengan korang ,tu pun kalau korang nak baca..hehehe.,.Aku nak share supplement untuk aku sendiri semasa mengandung ni.Memang kalau ikutkan dah cukup dah ubat yang doktor bagi.Tapi wanita mengandung ni kan ,kekadang badan terasa lemah..dan tidak bermaya.
Kalau nak ambil pil-pil lain aku memang takut sebab tak kena dengan aku.Lagi satu takut jugak kan nak tambah-tambah makan ubat lain.
So aku ambil 3 benda ni untuk membantu aku dan baby sihat.Yelah..dah masuk 5 bulan,tapi perut macam tak nampak je.isk…risau…baby kecil sangat pun tak boleh jugak,Risau kelahiran pramatang tu,tak mencukupi untuk berat bayi..Kesian baby nanti kena duduk lama kat hospital.
Makanan tambahan yang pertama adalah susu..Susu tu penting untuk tulang.Bila mengandung ni,baby banyak ambil kalsium dalam badan ibu dia.wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.Masa mula-mula preggy tu aku minum susu anmum,tapi tak tau kenapa bila minum susu tu,terus rasa mual dan muntah,,Memng tak boleh nak masuk tekak.Lepas tu aku beli je susu Dutch lady tu untuk minum.And last baru aku beli mamil,Rasa pun oklah dan aku suka.
Sumber :sini
sumber:google
Makanan tambahan yang kedua pulak aku minum Jus Delima.Nak cari buah delima ni memang payah sikit.Mahal pun ye.Sekarang ni aku ambil Jus Delima Gulshan..Masammm….selalunya aku bancuh dengan air..Letak madu…Madu pun ada khasiatnya untuk ibu mengandung..Jus delima ni jugak salah satu makanan sunnah Rasululullah saw kan..So apa kebaikkan Jus delima ni.Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
-Membantu mengurangkan alahan semasa mengandung
-Membantu aku memberikan tenaga sepanjang aku mengandung ni.Untuk ibu menyusu pun baik jugak.
-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan,
-Membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik,
-Mencegah rasa mual.
Sumber:sini
sumber:google
Selain dari pengambilan Jus Delima dan Susu,aku ambil madu jugak.Madu tu aku campurkan dengan jus delima dan air…kacau-kacau ,terus minum.Selalunya aku cuma ambil pada waktu malam sahaja.Madu pun ada khasiatnya untuk ibu mengandung tau.
Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari.
Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung.
Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung.
Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.
Itu sahaja lah yang aku dapat kongsikan dalam entry ni..Selain tu korang boleh la share jguak dengan aku,makanan tambahan yang korang pernah ambil semasa mengandung..

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE