kisahsidairy.com,  pregnancy,  Tips

VItamin C Untuk Ibu mengandung

Assalamualaikum
image:google
Sudah pastinya aku nak mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh di ambil sepanjang kehamilan ni.Nak pulak keadaaan kesihatan yang senantiasa berubah-ubah ni.
Selain dari pengambilan ubat-ubatan yang diberikan dan dibekalkan oleh doktor,kekadang kita tak tau apa lagi supplement yang boleh diambil selain ubat yang diberikan.
Setiap kali check up mesti bawa balik ubat-ubatan seperti Vitamin B-Complex,Vitamin C, ASid Folic dan kalsium.

Kadang-kadang terskip juga pengambilan ubat-ubatan tu.Lagi pulak,aku tak boleh nak makan ubat-ubatan tu waktu siang.Entah la..kalau makan tu,rasa nak muntah pulak..Aku cuma makan sebelum tidur je.
Boleh ke kita ambil Vitamin C yang dijual di luar sana ye.Seperti Shaklee,Vitamin C pharmacy ,atau Vitamin c Placenta tu.Bukan apa,sejak mengandung ni,rasa kulit kusam  dan tak bermaya je.Pakai ler sabun apa,tetap rasa muka ni kusam…
Sebelum aku membeli sebarang vitamin c,banyak dah aku google tentang tu.Risau jugak kan,kalau sembarangan ambil,nanti memudaratkan kandungan.
Vitamin C ni adalah salah satu vitamin yang ibu mengandung tak boleh nak skip pengambilannya.Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh,sebab tu kita perlukan supplement untuk membantu.
Selain dari tu,Beberapa kepentingan Vitamin C untuk ibu mengandung.Antaranya adalah :-
1. Pembentukan kolagen
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan,  otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk.
2. Perkuat sistem imun
Ascorbic Acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. Kalau ibu mengandung rasa tak sihat, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release, patah dua dan telan bersama air masak.
Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk larut dalam tubuh
3. Perkembangan Otak
Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.
Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan.
4. Mengelak Pecah Ketuban
Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang,  amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi.
Sumber:sini

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE