Uncategorized

Segalanya Ku Terima

Assalamualaikum
Selamat pagi semua..Ini bukan tajuk drama.Cuma luahan perasaaan yang ingin aku abadikan dalam blog kesayangan ni..On Off je entry kat blog ni kan..Yang korang sedia maklum,memang sebenarnya tak de hati nak berblog untuk beberapa bulan ni.Tapi kekadang blog diperlukan juga untuk meluahkan isi hati ni.
Nak luahkan apa? Tak lari dari kisah pregnancy yang kedua ni.Kekadang rasa cukup berat nak tanggung,tapi sebagai manusia dan umatnya,aku perlu redha dengan ketentuannya.
Hari Isnin yang lepas,aku berjumpa dengan doktor pakar berkenaan dengan kes jantung dan pregnancy.Memang kalau ikut doktor pakar,dia marah aku sebab tak buat follow up lepas beberapa tahun aku operation jantung.Last aku buat follow up kat Hospital adalah pada tahun 2004.Lepas tu,aku dah termissed satu appointment dan terus aku biarkan tanpa buat rawatan susulan.
Tu yang Doktor pakar marah sangat tu,Lagipun dia kata,aku kena berbincang dulu dengan doktor samada aku boleh mengandung atau pun tidak.Nak taknak aku tadahkan telinga je dengar doktor membebel.Memang silap aku sebab abaikan kesihatan aku sendiri.
Risau kalau kandungan aku terpaksa di gugurkan atas sebab kesihatan aku ni.Tapi alhamdulillah,doktor sentiasa memantau tahap kesihatan aku.Rasanya tiap tiap minggu aku akan menjadi tetamu di klinik dan Hospital.Bila doktor kata,mereka akan lihat kandungan aku bila masuk 2nd trimester macam mana,samada aku boleh carry on atau tidak.Dalam pada doktor bagitau aku pasal tu,mulalah bergenang air mata ni,risau apa akan berlaku nanti.
Segalanya ku terima.Jika itu dah ketentuannya,aku redha je.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Moga aku dan baby terus kuat supaya kami boleh sama sama survive kan.
Doakan aku dan baby selamat.Walaupun doktor terpaksa keluarkan baby awal,aku tak kisah,janji dia sihat dan aku juga.Aku hanya berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat aku untuk meneruskan kandungan ni,diberikan kesihatan yang baik dan terus berusaha untuk menjadi ibu yang baik kepada Nur awfiyah.
Bercerita tentang Nur awfiyah,ummi dia jarang banyak masa dengan dia sekarang.Kalau kat rumah pun dengan babah atau maklong dia .ummi tak kuat nak melayan dia yang semakin aktif sekarang ni.Esok genap dia 9 bulan.alhamdulillah,dia membesar dengan sihat…syukran

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *