Bual Kosong,  kisahsidairy.com

Bual Kosong di Pagi sabtu

Assalamualaikum
Selamat pagi sabtu..Selamat berhujung minggu buat korang.Alhamdulillah,batuk dan selsema berkurangan sedikit.Tapi masih belum pulih sepenuhnya.
Walaupun dah pelbagai cara tradisional yang dilakukan untuk menghilangkan batuk dan selsema ni,tapi masih lagi belum pulih.Sampai aku redha je dengan apa yang aku dapat ni.Mungkin pembawakkan baby membuatkan aku jadi macam ni..Insya allah..akan terus bertahan demi baby.
Masih diberikan semangat untuk bekerja hari ni,Tinggalkan nur awfiyah dengan babah dia.Sejak nenek awfiyah dah balik ke rumah,awfiyah dah tak dihantar ke rumah baby sitter.
Lama jugak kan tak up cerita nur awfiyah tu.Kes ummi dia yang tak berminat dengan social media akhir akhir ni yang menyebabkan takde cerita tentang dia.Kesian anak ummi…Bulan ni dah menginjak ke 9 bulan.Walaupun progress pembesaran nur awfiyah lambat dari rakan sebaya yang lain,ummi tetap bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik.Alhamdulillah..syukur.Cuma lately ni lebih manja dengan ummi dia..Pantang ummi dia bergerak ke mana,mulalah mata melilau mencari.
Rasa tak sabar nak balik je hari ni.Nasib baik halfday bekerja.Jadi taklah terasa sangat.
Alhamdulillah..Takat ni,berupaya untuk berblogwalking ke blog rakan rakan blogger yang lain..Nak improve kan sedikit ranking alexa yang jatuh menrundum sebulan dua ni.isk..sangat teruk..Tak terkejar rasanya.
Berhutang 2 review lagi.Tu pun tak taulah bila nak disettlekan..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE