kisahsidairy.com,  pregnancy

Salam Jumaat Semua

Assalamualaikum
Sumber:google
Alhamdulillah…Bertemu jumaat lagi di Tahun baru ni.Sedar tak sedar dah masuk tahun baru..Tahun yang diharapkan memberi seribu kemanisan dalam kehidupan..Insha allah.
Segala suka dan duka di tahun 2014 akan ditutup rapat serapatnya,memberi ruang untuk tahun baru ini memulakan kehidupan yang baru.
Walaupun menyambut kedatangan tahun baru dengan keadaan yang masih tidak sihat lagi ni,aku gagahkan juga,supaya tidak terus lemah.Demam,batuk dan selsema masih lagi menjadi peneman utama setiap hari.Walaupun demam dah mula kebah,tapi batuk dan selsema masih menghantui.
Setiap hari berdoa moga terus diberikan kekuatan untuk bekerja,supaya tidak terus lesu dek berbadan dua.Memang diakui,sejak pregnant ni,MC dah selalu sangat.Dalam seminggu tu,rasanya 2 hari sahja bekerja.
Itu belum lagi setiap minggu ke klinik.Isnin minggu depan pun dah kena bertapa kat hospital pepagi buta.Moga Allah terus memberikan aku kekuatan demi anak anak dan suami.
Hari isnin nanti ,akan berjumpa dengan doktor Pakar di Hospital Sultanah Aminah.Nak membincangkan samada boleh atau tidak kandungan aku sampai cukup pada waktunya ataupun sebaliknya..Pelbagai perkara yang aku fikirkan…Harap Allah swt permudahkan urusan ku nanti..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE