• INFO,  kisahsidairy.com,  pregnancy

    Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

    Assalamualaikum Alhamdulillah…Sihat sehingga ke hari ini,walaupun mual setiap pagi tu tetap ada.Baby dalam perut ummi dah menjangkau 18 minggu..Syukran.Cuma belum lagi merasai gerakkan baby kat dalam perut ni. Sejak mengandung ni,selalu nak tahu perkembangan setiap bulan baby dalam perut..Teruja seorang ibu kan..Semua merasainya. Perkembangan Bayi dalam kandungan,walaupun dah ramai tahu dan dah ramai yang mengGoogle tentang perkembangan tu,tapi aku saja nak share di blog ni. sumber:google Perkembangan bayi dalam kandungan  Minggu Pertama Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim. Minggu Ke-2 Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12…

  • happy birthday..,  kisahsidairy.com

    Sannah Helwa My beloved Husband

    Assalamualaikum Hari ni genap my husband tu 3+ hehehe…tak boleh nak letak nombor kat belakang tu..Kang kena marah.. Gambar?? ooppssss…Lagi tak boleh…hhehehehe Apa pun,selamat hari jadi untuk en.husband.Moga bertambahnya umur,bertambah juga rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.Semoga Allah memanjangkan umur,menarik pergi segala masalah,memudahkan segala urusan,melapangkan segala kekusutan dan menerima segala amalan mu.Moga Allah merahmati setiap pekerjaanmu.Insha allah. Entry pendek khas untuk DIA..

  • kisahsidairy.com,  pregnancy,  Tips

    VItamin C Untuk Ibu mengandung

    Assalamualaikum image:google Sudah pastinya aku nak mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh di ambil sepanjang kehamilan ni.Nak pulak keadaaan kesihatan yang senantiasa berubah-ubah ni. Selain dari pengambilan ubat-ubatan yang diberikan dan dibekalkan oleh doktor,kekadang kita tak tau apa lagi supplement yang boleh diambil selain ubat yang diberikan. Setiap kali check up mesti bawa balik ubat-ubatan seperti Vitamin B-Complex,Vitamin C, ASid Folic dan kalsium. Kadang-kadang terskip juga pengambilan ubat-ubatan tu.Lagi pulak,aku tak boleh nak makan ubat-ubatan tu waktu siang.Entah la..kalau makan tu,rasa nak muntah pulak..Aku cuma makan sebelum tidur je. Boleh ke kita ambil Vitamin C yang dijual di luar sana ye.Seperti Shaklee,Vitamin C…

  • kisahsidairy.com,  weekend

    Sepetang Di Tasik Layang layang

    Assalamualaikum Dah menjadi kebiasaan dengan panggilan “Tasik Layang-layang” atau di kenali dengan Tasik Pasir gudang. Dan lebih best lagi,anak saudara aku menggelarkan Taman Tingkat.hehehe…korang fikir sendirilah kenapa tasik tu digelarkan seperti itu. Sabtu Lepas,bila mak dan adik datang ke pasir gudang,aku buat cadangan supaya bawa anak-anak ke Tasik..At least ada aktiviti diorang petang tu.Datang jauh-jauh,Takkanlah nak perap je kan kat rumah. Selepas Asar,kami-kami menuju ke sana.Hanya bawa bekalan tikar,air dan makanan ringan sahaja.Musim macam ni,memang best kalau dapat naikkan layang-layang.Tapi takdelah main layang-layang sangat.Tak sempat nak naikkan layang-layang,anak dah kelam kelibut lari entah ke mana.Hanya memerhati mereka dari jauh sahaja.Tak risau sangt nak lepaskan anak-anak kat sini..Cuma nak kena pantau…

  • kisahsidairy.com,  pregnancy

    Stretchmark Ketika Hamil

    Assalamualaikum Uihhh….rasa kegatalan seluruh perut..Rasa nak garu je..Memang best kan garu sampai tak ingat dunia ni.Lepas tu,mulalah menyesal bila dah nampak perubahan yang tak sedap untuk dilihat di kulit ketika mengandung ni. Pada ibu ibu yang pernah mengandung,pasti akan mengalami perubahan ataupun gatal-gatal pada perut kan?Perkara itu juga sedang berlaku pada aku.Bila baby makin membesar ni,makanya,perut pun akan membesar jugak.Dan masa tulah perut kita ni akan mengembang elok je.Walaupun kegatalan tu tak seteruk mana,tapi kalau dah digaru tu,memang lah kulit nampak…eiwwww…Rekahan ni akan terjadi apabila perut semakin membesar. Korang mesti tau apa itu stretchmark kan.. Stretchmark ni berlaku disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan,yang mana ianya terbentuk apabila terjadi reganga kulit…

  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah

    Happy 9 monthsary Nur Awfiyah

    Assalamualaikum ihsan dari google Alhamdulillah…Anak ummi membesar dengan sihat dan cergas…Makin lama makin banyak keletah yang buat ummi dan babah makin tak senang duduk. Alhamdulillah..Hari ni genap Nur awfiyah 9 bulan…Dah makin membesar anak ummi dan babah ni.Lama jugak ummi tak update pasal Nur awfiyah.Sejak sejak Nur awfiyah bakal dapat adik ni,memang mood ummi ke laut.Dulu rajin jugak upload gambar dia kat facebook..La ni memang jarang sangat sangat. Alhamdulillah…Walaupun lambat proses pembesaran seperti orang lain,ummi tetap bersyukur bila melihat Nur awfiyah sentiasa sihat.Walaupun,anak anak lain yang sebaya nur awfiyah dah pun pandai merangkak dan tumbuh gigi,tapi tak pelah..asalkan dia sentiasa sihat dan ada jugak perkembangan pembesaran walaupun lambat.Ummi dan babah…

  • kisahsidairy.com,  pregnancy

    Segalanya Ku Terima

    Assalamualaikum Selamat pagi semua..Ini bukan tajuk drama.Cuma luahan perasaaan yang ingin aku abadikan dalam blog kesayangan ni..On Off je entry kat blog ni kan..Yang korang sedia maklum,memang sebenarnya tak de hati nak berblog untuk beberapa bulan ni.Tapi kekadang blog diperlukan juga untuk meluahkan isi hati ni. Nak luahkan apa? Tak lari dari kisah pregnancy yang kedua ni.Kekadang rasa cukup berat nak tanggung,tapi sebagai manusia dan umatnya,aku perlu redha dengan ketentuannya. Hari Isnin yang lepas,aku berjumpa dengan doktor pakar berkenaan dengan kes jantung dan pregnancy.Memang kalau ikut doktor pakar,dia marah aku sebab tak buat follow up lepas beberapa tahun aku operation jantung.Last aku buat follow up kat Hospital adalah pada tahun…

  • Bual Kosong,  kisahsidairy.com

    Bual Kosong di Pagi sabtu

    Assalamualaikum Selamat pagi sabtu..Selamat berhujung minggu buat korang.Alhamdulillah,batuk dan selsema berkurangan sedikit.Tapi masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun dah pelbagai cara tradisional yang dilakukan untuk menghilangkan batuk dan selsema ni,tapi masih lagi belum pulih.Sampai aku redha je dengan apa yang aku dapat ni.Mungkin pembawakkan baby membuatkan aku jadi macam ni..Insya allah..akan terus bertahan demi baby. Masih diberikan semangat untuk bekerja hari ni,Tinggalkan nur awfiyah dengan babah dia.Sejak nenek awfiyah dah balik ke rumah,awfiyah dah tak dihantar ke rumah baby sitter. Lama jugak kan tak up cerita nur awfiyah tu.Kes ummi dia yang tak berminat dengan social media akhir akhir ni yang menyebabkan takde cerita tentang dia.Kesian anak ummi…Bulan ni dah menginjak…

  • kisahsidairy.com,  pregnancy

    Salam Jumaat Semua

    Assalamualaikum Sumber:google Alhamdulillah…Bertemu jumaat lagi di Tahun baru ni.Sedar tak sedar dah masuk tahun baru..Tahun yang diharapkan memberi seribu kemanisan dalam kehidupan..Insha allah. Segala suka dan duka di tahun 2014 akan ditutup rapat serapatnya,memberi ruang untuk tahun baru ini memulakan kehidupan yang baru. Walaupun menyambut kedatangan tahun baru dengan keadaan yang masih tidak sihat lagi ni,aku gagahkan juga,supaya tidak terus lemah.Demam,batuk dan selsema masih lagi menjadi peneman utama setiap hari.Walaupun demam dah mula kebah,tapi batuk dan selsema masih menghantui. Setiap hari berdoa moga terus diberikan kekuatan untuk bekerja,supaya tidak terus lesu dek berbadan dua.Memang diakui,sejak pregnant ni,MC dah selalu sangat.Dalam seminggu tu,rasanya 2 hari sahja bekerja. Itu belum lagi setiap…