kisahsidairy.com,  pregnancy

Berapa Kali Dah ni!

Assalamualaikum
Masih lagi bercerita pasal pregnancy ni..Bukan mudah kan nak buat kad pink tu..Upppffhhh..Lama benau menunggu..Buat kad je dah 2 jam..Jumpa doktor, lagi..Kena pulak check semua sekali..Memang aku rasa akulah yang paling lambat balik semalam..Buat kad dari pukul 2 hingga jam 5 petang..Kebanyakkan staff nurse semua dah balik..Last jumpa doktor semalam,sempat doktor suruh buat check ECG..Nak check jantung aku ler tu..Kalau korang tengok entry aku semalam,mesti korang tau cerita.
Kalau tak ingat,korang boleh klik SINI je.Tapi bukanlah itu yang sebenarnya aku nak cerita..Tapi nak cerita dan mengomel sikit pasal amik darah semalam..Uihhh…Kena cucuk 6 kali disebabkan darah aku tak mau keluar…Sakit bukan kepalang.Dah lunyai tangan aku dibuatnya..Tangan kiri kanan dicubanya…Yang aku peliknya tu,apsal darah tak nak keluar..Nak kata aku takut tu,memang ada lah…Bila dah lama tak kena amik darah,gini lah jadinya.
Jarum yang kelima baru la darah keluar sikit..Itu untuk satu tiub je..Belum lagi tiub yang satu lagi tu.
Dan,Aku rasa ada 3 orang nurse dan sister yang dok kerjakan tangan aku..Last2 sister yang penyayang lagi berseloroh jugak yang dapat darah aku tu..Dan suntikan jarum yang keenam tu pulak yang darah aku melimpah ruah…Cukup sangat satu botol..iskk.sayang sungguh darah aku.Bila aku fikirkan balik,Mungkin darah tu taknak keluar sebab aku ni nervous sangat..Adeh..meleleh la jugak air mata ni,bila dah banyak kali kena cucuk…
Agak agak lepas ni kena ambil darah lagi tak..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE