kisahsidairy.com,  pregnancy

Dah pun buat Kad pink

Assalamualaikum
Alhamdulillah..Hari ni,dah pun selamat buat kad pink..Aku rasa korang pun tau kan apa itu kad Pink..Kad pink ni kad ibu mengandung.Walaupun ianya terlalu awal untuk aku buat kad ni,Tapi memandangkan tak nak kejadian yang tidak diingini berlaku lagi untuk kandungan kali ni.Cepat -cepat aku buat kad..At least pemeriksaan awal,dapat mengelak kejadian yang tak diingini berlaku.
Tapi menurut kata doktor tadi,bagus aku buat kad awal,Apa taknya baru buat kad,dah ada tulisan merah…Risau bukan kepalang bila dah di awal kehamilan ada pulak masalah masalah tu.
Kalau korang mengikuti perkembangan blog ni,korang akan tau empunya blog ni pernah menjalani pembedahan Jantung berlubang pada tahun 1996.Perjalanan hidup aku semasa aku kecil dulu bukan macam kanak kanak yang lain.Aktiviti sukan dan permainan tak boleh nak sertai disebabkan aku cepat penat dan kekadang pengsan.Bila setiap kali perhimpunan,aku sorang je yang boleh duduk di kerusi..Yang lain pulak,macam biasalah kan,berdiri.Allah masih menyayangi aku kerana sehingga ke hari ni,aku masih lagi bernafas..Syukran..
Hari ni pulak,bila check doktor suspect,Jantung aku tak normal,maksudnya Penyakit aku tu ada lagi..Denyutan jantung tak normal macam orang sihat la…Fuuuhhhh…Tu yang risau..Ada jugak aku tanya dengan doktor tu,Orang macam aku ni,memang tak boleh mengandung ke?Tapi doktor tu cakap,kalau takde masalah ..insya allah…semuanya berada dalam keadaan baik.Cuma aku kena selalu check up dan kenalah jaga kesihatan betul betul..
tengoklah tu..Ada je tulisan merah kan…
Bila fikirkan pasal tu,risau teramat sangat..Yelah..kandungan pertama dah gugur,Risau kandungan ni pulak..Harap tak de pape lah kan..
Doakan aku dan kandungan berada di dalam keadaan yang baik ye..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.