• kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Beli Coklat Cadburry dan Dapat Keychain Coklat yang comel

    Assalamualaikum Selamat malam semua..Selamat merehatkan badan..Emmm…sebelum berehat,jenguk kejap blog ni..Al maklumlah,malam je dapat update blog.Waktu siang jarang ada masa.. Oklah,siang tadi,en.husband belikan coklat cadburry untuk isteri tersayang…ececeh…hehe..yelah, Macam macam bini dok mengidam..Tapi taklah mengidam nak makan cadburry ni.Sejak dah disahkan HALAL oleh JAKIM,belum lagi pernah nak membeli coklat ni. Entah apa angin en.husband baik hati belikan..Masa memula kawen dulu,memang rajin belikan..Dah lama ni,jarang belikan coklat la…Belikan apa yang nak di makan je. Sebenarnya Aku memang ler minat dngan coklat ni,Tapi sejak berlaku kes yang cadburry tak halal sikit masa dahulu,terus aku lupakan untuk makan sebarang coklat..Merajuk kot… Biasalah..snap gambar waktu malam..So ginilah kekdahnya kan Dua keychain coklat yang aku suka..Kenapa…

  • kisahsidairy.com,  pregnancy

    Berapa Kali Dah ni!

    Assalamualaikum Masih lagi bercerita pasal pregnancy ni..Bukan mudah kan nak buat kad pink tu..Upppffhhh..Lama benau menunggu..Buat kad je dah 2 jam..Jumpa doktor, lagi..Kena pulak check semua sekali..Memang aku rasa akulah yang paling lambat balik semalam..Buat kad dari pukul 2 hingga jam 5 petang..Kebanyakkan staff nurse semua dah balik..Last jumpa doktor semalam,sempat doktor suruh buat check ECG..Nak check jantung aku ler tu..Kalau korang tengok entry aku semalam,mesti korang tau cerita. Kalau tak ingat,korang boleh klik SINI je.Tapi bukanlah itu yang sebenarnya aku nak cerita..Tapi nak cerita dan mengomel sikit pasal amik darah semalam..Uihhh…Kena cucuk 6 kali disebabkan darah aku tak mau keluar…Sakit bukan kepalang.Dah lunyai tangan aku dibuatnya..Tangan kiri kanan dicubanya…Yang…

  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Happy 8 monthsary Nur Awfiyah

    Assalamualaikum Alhamdulillah…Dah 8 bulan dia di dalam jagaan ku..Memberikan aku dan keluarga kasih sayang yang tak terhingga.Bersyukur kepada Allah swt meminjamkan aku untuk aku meluahkan rasa kasih sayang.Berkongsi kegembiraan bersama.Kehadirannya dalam hidup kami sangat bermakna.. Semoga menjadi anak yang solehah,membesar dengan sihat.Menjadi orang yang berguna satu hari nanti insya allah..Moga Allah permudahkan urusan mu sayang…Ummi dan babah sayang sangat kat kamu .. Keletahnya senantiasa membuat kami tersenyum..W love you sayang!! 1 month 2 month 3 month 4 month 5 month 6 Month 7 Month

  • kisahsidairy.com,  pregnancy

    Dah pun buat Kad pink

    Assalamualaikum Alhamdulillah..Hari ni,dah pun selamat buat kad pink..Aku rasa korang pun tau kan apa itu kad Pink..Kad pink ni kad ibu mengandung.Walaupun ianya terlalu awal untuk aku buat kad ni,Tapi memandangkan tak nak kejadian yang tidak diingini berlaku lagi untuk kandungan kali ni.Cepat -cepat aku buat kad..At least pemeriksaan awal,dapat mengelak kejadian yang tak diingini berlaku. Tapi menurut kata doktor tadi,bagus aku buat kad awal,Apa taknya baru buat kad,dah ada tulisan merah…Risau bukan kepalang bila dah di awal kehamilan ada pulak masalah masalah tu. Kalau korang mengikuti perkembangan blog ni,korang akan tau empunya blog ni pernah menjalani pembedahan Jantung berlubang pada tahun 1996.Perjalanan hidup aku semasa aku kecil dulu bukan…

  • INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  parenting blogger,  pregnancy

    Khasiat Buah Delima Untuk Ibu yang mengandung

    Assalamualaikum Mungkin ramai yang dah ketahui akan kelebihan khasiat yang ada pada buah delima ni kan..Lagi pulak untuk ibu yang mengandung..Memang terlalu banyak khasiatnya.. Ini diakui oleh mereka yang sudah membuat kajian terhadap buah delima ni.Menurut penyelidikkan,ibu ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak pramatang sangat disarankan mengambil buah Delima ni Bahkan Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda  “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi). Mari kita tengok khasiat yang terkandung dalam buah delima ni.Buah delima mengandungi Potassium yang besar jumlahnya,selain dari mineral mineral lain seperti,Fosfor ,Kalsium,zat besi,sodium dan vitamin vitamin A,B1,B2,B3 dan…

  • Uncategorized

    Dapat MC selama dua hari

    Assalamualaikum Alhamdulillah..harap dua hari mc dapat mengembalikan kembali kesihatan yang terganggu semenjak dua menjak ni. Disebabkan pagi pagi lagi, aku dah rasa memang tak sihat dan selalu sangat muntah muntah, menyebabkan takdelah tenaga untuk aku ke tempat kerja.walaupun pagi lagi dah bersiap ke tempat kerja, dengan kepala pusing, baik tak payah teruskan ke tempat kerja kan.yelah risau jugak, kepala terhuying hayang nak drive.Nur awfiyah pun terpaksa aku suruh SIL aku amik.risau tak terjaga dia dalam keadaan aku macam ni.Lepas husband pi keje je, aku dah baring…tak larat nak bangun, setiap kali bangun, memang  membuak la tekak ni. Petang baru aku pi klinik, nasib baik dapat doktor yang memahami.bagi mc kat…

  • kisahsidairy.com

    Curi Masa Rehat Untuk Blogwalking

    Assalamualaikum Rindu rasanya nak blogwalking..Sejak di office ada masalah nak bukak blog,terus mood jatuh merundum.Yelah,bila balik kerja ,kalau sempat,ada jugak aku update entry dan blogwalking sebuah dua blog..Itupun blog yang senantiasa aku kunjungi. Lately ni pulak nak pandang laptop dan tab pun dah rasa mual..pembawakkan sungguh la… Tapi takpe..nanti semua dah kembali sedia kala,insha allah..aku akan sambung berblog macam dulu.. Pagi pagi dah bangun,sebab en.husband kita kerja hari ni..lepas siapkan sarapan,buatkan makanan untuk Fiyah,basuh baju,kemas rumah.Rehat sekejap lah kan..Sambil tu update blog kesayangan yang dah nampak kusam ni. Tinggal nak sidai dan memasak je..Menu ringkas hari ni,Nasi ayam..Dah lama sangat tak buat nasi ayam ni.Masa fiyah baby kecik2 dulu,memang payah…

  • kisahsidairy.com,  review product

    Tersenarai dalam 50 Blogger yang berjaya dalam Giveaway Ephyra Skin Bar

    Assalamualaikum Wah..panjang kan tajuk entry ni…Macam biasa..tak delah mesra SEO sangat..Blogging ke laut selepas satu peristiwa tu..Nanti aku cerita kenapa selama ni mendiamkan diri dari berblogging ya.. Alhamdulillah..syukran..Tersenarai dalam 50 Blogger yang berjaya untuk mendapatkan Ephyra skin bar untuk di Review nanti..Memang aku selama ni mencari sabun yang sesuai dengan kulit muka aku ni..Dah pelbagai produk aku cuba…tapi masalah berminyak tu masih lagi menghantui muka aku ni..Dah boleh goreng telur kat pipi ni..hahaha Aku antara 50 blogger yang berjaya di pilih untuk review Ephyra Skin Bar ni..Apa pun aku ucap tahniah kepada 49 blogger lain yang tersenarai.. Tak sabar nak rasa keistimewaan Skin bar ni. Kalau nak tau tentang Ephyra…