Uncategorized

Dah Berkejaran Dengan Dia!

Assalamualaikum
Seronok sebenarnya bila cerita perkembangan terbaru dari Nur awfiyah ni..Dah macam macam karenah yang membuatkan ummi dan babah tersenyum.Dan..kadangkala geram jugak kan..heheh
Dah 7 bulan ni,dah pun pandai menyiarap dan mengengsot ke depan…Semakin lama semakin laju nampaknya dia kedepan..Kalau dengan walker jangan cakap lah..Sampai ke dapur dia ronda.
Lagi satu,kat rumah ni dah tak boleh nak berhias bagai dah..Kerusi meja semua tolak tepi bagi memberi ruangan kat Nur awfiyah ni berjalan-jalan..Semua pasu bunga dan perhiasan terpaksa dialihkan kerana bila dah naik walker,dah boleh berjalan sana sini,mulalah dapat tarik alas meja,pasu bunga..akuarium ikan kecil tu pun dia nak tarik jugak..Penyudahnya ummi terpaksa lah kemas buat naik rumah atas…
Sekarang ni pantang lepa kalau dah ummi kat dapur,mesti dah mengengsot ke pintu..isk…isk..wahai anak,sungguh bahaya tau…SERIAU ummi ni.
Part paling dia suka tang Langsir dan Mosaic..Habislah dok jilat.dah macam jilat ais krim pulak
Bila anak dah aktif macam ni,macam macam kena fikir dan macam macam jugak nak kena jaga.Tak boleh la letak apa apa barang yang kecil kecil kat lantai tu,lantai nak kena sentiasa bersih.Semua nak jaga.isk..kalau tak memang lah penyakit senang nak hinggap kat baby tu kan..
Walaupun ummi dan babah penat sikit,tapi bila tengok keletah dia,seronok dan rasa gembira sangat.
Moga menjadi anak yang solehah ye Nur awfiyah.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *