kisahsidairy.com,  online shopping,  Tips

Tips Memilih Cermin Mata

Assalamualaikum
cermin mata
Memang pening kan nak memilih cermin mata?.Mahunya berjam-jam lama kat kedai tu..Semua jenis cermin mata yang perlu dicuba untuk kesusaian muka 
Kat sini aku just nak share kat korang ,apa perkara pertama yang perlu korang titik beratkan dalam pembelian cermin mata.Bukan main beli je..Mestilah mengikut kesusaian bentuk muka kita jugak kan..
Muka bujur.
Ciri -ciri bagi mereka yang mempunyai muka Bujur 
  • Mempunyai bentuk muka yang paling seimbang
  • Dagu yang sedikit kecil berbanding dahi dan tulang pipi yang tinggi.
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka bujur nie pula
  • Jangan risau bagi mereka yang berwajah bujur ni,kerana kebanyakkan bentuk bingkai banyak yang sesuai dengan mereka
  • Bentuk geometri dan petak sesuai untuk memberi sedikit ketegasan pada bentuk muka
Bingkai Yang perlu dielakkan
  • Bingkai yang terlalu besar denan bentuk muka anda
Muka Bulat
Ciri  ciri bagi mereka yang mempunyai Muka Bulat
  • Mempunyai pipi dan dagu yang bulat dengan sedikit sahaja bentuk
  • lebar dan panjang muka adalah sama
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka bulat nie pula
  • Bingkai bersegi dan Geometri untuk menambah bentuk pada muka
  • Petak dan horizontal membuatkan muka lebih panjang dan kecik
  • Temple yang bersambung dengan bahagian atas bingkai menambah panjang pada muka
Bingkai Yang perlu dielakkan

  • Bingkai yang kecil dan bingkai pendek
Muka Empat Segi
Ciri ciri bagi mereka yang mempunyai muka empat segi
  • Mempunyai muka bersegi dengan tulang rahang yang jelas,dahi luas dan dagu yang sedikit petak
Bingkai mana yang bersesuaian untuk Muka empat segi nie pula
  • berbentuk bulat atau bujur
  • Bentuk seperti rama-rama
Bingkai Yang perlu dielakkan
  • Berbentuk segi empat dan geometri ,temple yang rendah dan bawah bingkai terang
Muka Oblong
Ciri ciri mereka yang mempunyai muka Oblong ini
  • Mempunyai panjang yang lebih dari lebar muka
  • Mempunyai tulang pipi yang tinggi dan dahi yang luas
Bingkai mana yang bersesuaian untuk MukaOblong nie pula
  • Bingkai yang tinggi bagi mewujudkan muka yang pendek
  • Bingkai yang lebar dengan hiasan diatas bingkai atau tepi temple bagi menambah kelebaran pada muka
Bingkai Yang perlu dielakkan
  • Bingkai yang kecil
  • Bingkai pendek yang menambah kepanjangan muka
itulah sedikit sebanyak tips yang aku nak share dengan korang..Aku pun bila nak beli cermin mata,1st yang aku tanya dengan kedai tu adalah mana yang sesuai untuk muka seperti aku nie..
Rasa macam dah lama pulak kan tak beli cermin mata…kena kumpul duit dulu ni.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *