kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

Masa untuk makan

Assalamualaikum
Lama juga kan aku tak cerita pasal nur awfiyah. Emm..lately ni tak sempat nak publish cerita sangat.Hari minggu macam ni aktiviti melayan si awfiyah jelah..Selain aktiviti mengemas rumah dapatlah juga ke pasar dan memasak tengahari.
Sejak nur awfiyah da semakin membesar ni, banyak juga perbezaan dari sehari dan karenah yang berbeza.Sekarang ni, kalau nak bagi makan kat dia, mesti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian dia untuk duduk diam.
Contohnya baloon yang korang nampak dalam gambar ni.kakau takde sesuatu tu, jangan haraplah dia akan duduk diam.Jenuhlah ummi dia bertekak suruh duduk diam.hihi.
Hari ni ummi dia masak bubur bersama dengan kentang dan Iikan bilis.Rasa lemak lemak macam ni awfiyah memang suka.Berbanding dengan carrot dan sayuran lain, cepat je mencebik.
Lepas dah siap bagi makan, biarkan dia bermain seketika, emmmm…barulah boleh tidurkan.Masa nur awfiyah tidur lah masa untuk ummi macam lipas kudung, settlekan apa sahaja sebelum dia bangun..
Oklah get to go…nanti awfiyah dah bangun tak boleh da bersenang lenang…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE