family matters,  kisahsidairy.com

Kenapa Blog terabai??

Assalamualaikum
Ingat tak hari tu aku ada update tentang percutian tanpa dirancang.Aku ada ceritakan sedikit kenapa percutian tu dirancang di SINI
Actually bukanlah namanya percutian Indah selama 5 hari tu,tetapi kepada Emergency Leave sebab MIL masuk hospital Selasa malam rabu lepas.Memang Shock sangat bila MIL masuk hospital.Yelah,dengan keadaan nya yang uzur tu,risau terjadi apa-apa kat dia.My MIL nie,sebelum ni,memanglah seorang yang tak reti duduk diam,ada je kerja yang dia nak buat walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Selama nie pun,dia memang selalu ambil ubat homeopati tanpa membuat rawatan di Hospital.Sebelum dia di masukkan ke Hospital,MIL memang dah kerap sakit.and as usual,dia takkan ke Hospital.Disebabkan dia kurang sihat,kami hantar dia balik ke Melaka,At least ada SIL yang boleh jaga makan minum dia.Bila MIL duduk sini,susah aku nak pantau dia,disebabkan aku dan husband kerja kan.
Hari Rabu tu kami dah bertolak balik Melaka,Memang tak sempat nak update apa-apa sekalipun.No social Media langsung yang aku sentuh.heheh..Risaukan keadaan MIL yang uzur sangat masa kami melawat dia diHospital.
Setiap hari memang ulang alik ke Hospital,MIL pun darah tinggi tak stabil,kekadang naik,dan kekadang turun..tu yang merisaukan kami.
Saja nak letak.
Tapi bila dah beberapa hari di Hospital dan di pantau dengan doktor dengan baik,maka hari sabtu tu MIL discharged.Alhamdulillah..lega kami semua.Cuma MIL tak secergas dulu la,,nak kena pantau kesihatan dan pemakanan dia yang totally berubah sebab darah dalam badan terlalu pekat.Ia akan menyebabkan darah tak dapat mengalir ke jantung dengan betul.So MIL tak boleh nak makan sayuran berdauan..emmm..
Bila dah tua-tua nie kan,banyak benda sebenarynya yang kita kena pantang.Tak boleh dah sembarangan makan-makanan yang boleh menyebabkan kita jadi macam tu.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE