Uncategorized

Penyediaan Makanan Sudah bermula untuk Nur awfiyah

Assalamualaikum
Sejak sejak Nur awfiyah ni dah pandai makan,gigih la ummi dia mencari resepi yang mempunyai khasiat khas untuk anak dara sorang nie.
Banyak blog dan forum yang aku jelajah semata-mata nak berikan yang terbaik untuk anak kan.Masa mula-mula tu,ingat nak bagi makan nestum je,tapi bila fikir,lebih baik masak sendiri,khasiatnya mestilah lebih dari apa yang terdapat pada nestum kan.
Selalunya pepagi lagi aku dah masakkan bubur,kekadang aku campur lah kentang,brokoli,lobak dan campur sekali dengan ikan bilis.Kekadang aku buat sup ikan,blend sekali dengan bubur..Kalau ummi dia dah rasa sedap,anak dia apatah lagi kan.Tapi tak pernah la aku letak garam lagi dalam makanan anak dara tu
Sekarang tak risau sangatlah kalau hantar kat babysitter.Babysitter tu pun maklong awfiyah,so dia akan masakkan bubur untuk awfiyah..hehhe…nasib baik kan…
Kekadang pun aku refer sini jugak.
sumber:google
Sekarang ni banyak bahan rujukan yang boleh kita baca untuk persiapan makanan anak kita.Lebih baik buat sendiri dari kita beli yang dah siap macam nestum tu..Khasiat nya lebih banyak yang anak kita boleh dapat..
oklah..nak sambung cari resepi untuk awfiyah..Nak dia membesar dengan sihat…insha allah

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *