Uncategorized

Nur Awfiyah Ke Taska Buat Kali Pertamanya

Assalamualaikum
Memang ikutkan hati nak je sambung cuti lagi.Dari pagi tadi memang tak senang duduk dibuatnya.Maklumlah,hari ni adalah hari pertama Nur awfiyah ke Taska.
Sebelum ni Nur awfiyah dijaga oleh my SIL.So,aku tak rasa risau sangat kalau dia dengan My SIL.Tapi bila my SIL balik Kelantan,Dia amik cuti selama seminggu.Sepatutnya hari dah dia balik.Tapi dia nak extend cuti.Jadi ummi awfiyah terpaksa jugak cari orang untuk menjaganya.Nak suruh jiran-jiran,mereka pun dah ramai jaga anak orang..Lagipun Nur awfiyah dah mula meraung bila sampai kat orang yang dia tak suka..demand sungguh anak aku nie.
Tapi disebabkan Taska tu di buka didalam Politeknik Ibrahim Sultan,di mana ia hanya dibuka untuk pekerja-pekerja disitu sahaja..Nasib baiklah En.Husband pekerja kat situ..Jadi tiket untuk aku mempercayai Taska tu 50% adalah.
Memang dari hari jumaat minggu lepas lagi aku bercuti..Hari ni dah kena naik kerja.Takut pulak cuti lama,nanti kena marah pulak dengan bos.Sebab company aku ni bukan jenis yang memahami.Cuti aku pun taknak sign lagi..Kena KIV dulu dengan bos,itupun dah cukup buat aku bengang.Ingat suka-suka ke nak cuti goyang kaki duduk rumah,
Isnin ni lagi nak bercuti,tapi halfday je sebab bawa Nur awfiyah monthly check up.Tu pun aku tak tau samada cuti aku approved ke tak..
Taska di mana Nur awfiyah sekarang nie berada
Dua tiga kali gak aku call nak tanyekan awfiyah..Yelah..orang dah biasa tidur buai.Bila dekat Taska dia memang takde buaian kan.
Paling best,aku lupa nak bawak puting kosong dia,sampai babysitter tu bagitau,awfiyah kebas puting orang sebelah..amboii..main kasar nampak anak aku tu ye.
Esok Taska bercuti,terpaksa pulak hantar rumah penjaga.takpelah…cuma 3 hari nie je kena berkorban.
Dibayar mengikut hari.Hari bekerja charge untuk jaga baby adalah RM20.Hari jumaat dan sabtu diorang ikut jam..rm5 perjam..Tapi diorang mintak rm30..alhamdulillah..boleh bertolak ansur jugak.
Tak sabar nak balik ambil awfiyah..macam manalah dia gaknya…emmmmm

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *