kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING,  weekend

Nur awfiyah di wedding Officemate Ummi

Assalamualaikum
Entry ni dah berkepuk nak update.Cerita hari sabtu lepas, baru sibuk dok cerita hari ni.Bawa Nur Awfiyah pi kenduri kahwin officemate.
Masa mula mula memang elok je angin dak fiyah ni, tapi bila start kompang, dia dah mula tunjuk perangai.Ummi nak tunggu berfoto sakan dengan pengantin pun tak boleh.
Dahlah hidangan semua enak enak belaka, last last separuh je ummi dapat suap ke mulut.Masa tu nenek tolong pegang Nur Awfiyah, sebelum tu kasi nenek dan babah makan dulu, ummi makan kemudian.
Last last bila turn ummi makan dia dah mula buat perangai.Terus ummi basuh tangan dan amik dia..isk..isk..budak ni.

Sempat lagi berselfie walaupun dah mula nak menangi, tqpi bila nampak babah keluarkan handphone, pastu panggil dia.senyaplah pulak kan
Selamat pengantin baru auntie cidot and uncle bob, moga kekal bahagia hingga ke jannah.sorry, pinjam gambar ye.
Bila mood nur awfiyah tak elok, cepat cepat got to go tiba tiba.Lepas tu terus balik kota tinggi .
Itulah cerita hari sabtu lepas..esok update lagi, ummi fiyah nak update mata pulak ni ..ahaks..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *