buglar,  kisahsidairy.com

Si Pencuri!!

Assalamualaikum
Kalau korang perasan,takde satu pun entry aku post pada 23hb sept 2014.fuhh..penuh pulak kan tarikh aku bagi tu.Hari tu memang aku cuti EMERGENCY LEAVE ko!!
Apa kaitan emergency leave ni dengan si pencuri..meh aku cerita
Pagi selasa tu,dalam pukul 5 pagi la kot,telefon rumah aku bunyi,ingat alam handphone,so aku biarkan jelah.tapi bila aku sedar,aku perasan,bunyi tu bukan dari alarm phone aku,rupanya ada call masuk.
Kali kedua berbunyi baru aku sempat nak angkat.Tertanya-tanya jugak,mesti ada berita-berita penting yang nak disampaikan bila dah pepagi subuh ni call.
Angkat phone,rupanya emak call.Masa tu dia dah menangis teresak-esak dah.Dia cuma cakap,rumah dah kena pecah masuk..teus off handphone..Aku dah tercengang-cengang dah..WHAT!!!! kena pecah masuk?
Terus call mak balik untuk kepastian.emmm…rupanya betul,memang kena pecah masuk.aku terus tanya keadaan mak.ayah ngan adik.risau pencuri tu apa-apakan family aku je.
Terus siap-siap nak balik kampung.Aku memang tak boleh kalau mak call nangis-nangis macam nie.memang rasa nak terbang terus je.Siap-siap ambil kakak ipar aku,sampai kampung dalam kul 7 pagi.
Sampai rumah memang mak tengah menangis lah..Orang tua tu dah makin sensitif nampaknya.Dulu tak pernah pun dia menangis depan anak.sekarang nie mudah sangat dia keluarkan air mata dia..Oh..MY MOM!!
Oklah..back to story…Mak bagitahu aku,pukul 5 pagi dia bangun tengok pintu dapur terbuka,mak ingat ayah keluar gi kerja tak tutup pintu.Tengok ayah masih berlengko kat tempat tidur.Mak terus tengok kat luar rumah,barang-barang dan file-file mak semua bertabur kat luar.Mak tengok beg dia kat dalam rumah memang takde.Ayah bangun check rumah,memang pencuri masuk.
Keadaan tingkap yang dia dah potong.Dari sini lah pencuri tu masuk
dari dalam rumah.
barang yang dia sepahkan..sebenarnya dia dah ambil beg mak aku tu,dalam nie ada purse mak
hari isnin malam mak ambil gaji dia semua,dan malam tu jugak ,anak buah mak bagi duit untuk bayar AMANAH IKHTIAR MALAYSIA,
Semua sekali duit yang ada dalam beg tu adalah RM2300
yang tu sette,bersih pencuri tu ambil,memang tak tinggal sesen pun
Motor Ego ni.nilah satu-satunya motor yang mak aku bawak.memang mak aku kunci motor ni,tapi pencuri tu nampak kunci-kunci yang disangkut kat tepi pintu,semua kunci dia ambil,mungkin nak cuba kunci tu dekat motor.Lepas tu kunci-kunci yang lain di campaknya keluar.
Satu lagi,ayah aku tak perasan pencuri tu masuk bilik dan selongkar semua baju-baju dan ambil wallet ayah aku.habis bersih.3 biji handphone ayah aku semuanya dikebas.Yang peliknya,ayah boleh tak perasan pencuri tu masuk,sedangkan dia senang untuk terjaga.Selalu pergi bilik air tengah malam.
Sebelum keluar,pencuri tu sempat makan dan habiskan makanan atas meja..memang kurang ajar kan.
Notebook adik aku,habis dia kebas,anggaran rasanya ada dekat 10k jugak.
Dugaan untuk keluarga aku.Lebih kesian kat mak lah,terpaksa menanggung duit orang yang hilang tu.
Mungkin bukan rezeki kami semua tu kan.Tapi alhamdulillah la,si pencuri tu tak apa-apakan family aku,
Untuk dapat balik barang yang hilang tu memang payah la kan.
Moga lepas nie bertambah rezeki mak.insyallah..Nasib baik jugak ayah tak terjaga masa pencuri tu masuk bilik,kalau ayah terjaga,apalah pencuri tu nak buat dengan ayah kan..

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE