Challenging post

Cabaran 30 Hari – Hari Ke 9 | 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian aku

Assalamualaikum
Cabaran dah memasuki hari yang ke-9..fuhh..fuhh….Sebut pasal lelaki yang menarik perhatian aku nie sebenarnya ada banyak…Tapi Yang telah menarik perhatian aku yang utamanya adalah suami akulah kan..Kalau tak,takkanlah aku pilih dia untuk jadi suami..hehehehe…
Ikut angan-angan mat Jenin aku dululah ye,masa muda belia..Tengah-tengah menggatai nak kenal cinta…Lelaki yang jenis macam mana yang menarik perhatian aku.
oklah….let’s Troll the scroll…hehehehe

Cool /Beragama
Orangnya mestilah nampak cool walau ada masalah sekalipun…Taknak la yang jenis serabut je kan.lagi satu beragama tu penting untuk dia menjadi seorang ketua dalam rumah tangga kan..ececeh…sampai ke situ pulak kan..Taklah aku cakap nak kena tau macam ustaz,tapi cukup sekadar dia tau halal/haram..perkara-perkara fardhu,solat,dan sewaktu dengannya

Handsome
Kunun-kunun la,nak yang handsome je…Yang macho..yang boleh mencairkan aku bila tengok muka…ececeh…perasan sangat kan..
Nak tau macam sape..Ni…Orang nie memang dari dulu kot aku minat dia.
                                                           
lagi suka kalau dia senyum..sampai sekarang minat kat dia nie tau..hehehe…en.husband siap cakap,jangan nak perasan sangat ea..

Berpakaian Kemas
Hah..ni aku suka…kemas segak dan bergaya walau pakai jeans dan tshirt je…Sebab tu aku suruh en.husband pakai jeans…..Jawapan en.husband senang je..Habis Jin nak pakai ape…hahaha…lawak betul la laki aku nie..
Tidak Merokok
Sebenarnya aku memang tak suka dengan lelaki yang merokok,dari pengalaman aku kenal lelaki yang merokok nie,bila ada masalah,rasa boleh habis sekotak rokok tu kan..pendapat korang macam mana pulak..hehehe..
Menghargai 
 Pandai menghargai pasangan..Menghormati pasangan,apa jua keadaan dia akan memahami pasangannya tu.
Banyak lagi sebenarnya yang menarik perhatian aku…hehe..ala..semua wanita sama kot..nak lelaki yang macam mana kan..Tapi jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah swt..Kita seharusnya bersyukur atas apa yang diberikan kepada kita termasuk jodoh kita.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *