kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING,  progress

Bila Ummi dah Takde kerja

Assalamualaikum
Nilah kekdahnya rutin harian Ummi.Balik dari kerja terus cepat-cepat ambil Nur awfiyah kat rumah kakak ipar..Bila selalu langkah kanan,dapat sapedek sekali rumah my kakak ipar tu.Ape pun yang dia masak,aku mesti berselera nak makan..hahaha…Sebab tu aku tak pernah berkira bila nak bagi dia duit lebih jaga Nur awfiyah.
Bila dah kat rumah,aku letakkan dia atas toto,terus siap-siap mandi,makan,barulah aku ambil dia.Kekadang nenek dia tolong jaga.Pukul 5 tu memang time dia tidur..Tidur pun bukan lama,tak sampai setengah jam dia akan bangun.Barulah boleh nak bergurau senda dengan dia.
Lepas bangun tidur,dah dapat sebotol susu,barulah boleh tersenyum.Barulah boleh di agah..Kalau tak,.mencebek jelah mukanya..
Sesambil tu suka nyakat dia..Selagi tak nangis selagi tulah ummi dia akan nyakat..Sekarang pun dah pandai mencebek bila dimarah..Buat muka comel,lagilah ummi dia geram..

Habis kena dera dengan ummi…

satu perkara lagi..Nampak tak napkin tu..Nak tido tak boleh kalau takde kain..kalau tak habis la puting dicabut dari mulut..lepas tu mulalah dia mengamuk.Rambut tu memang terpacak..rasa nak ikat je..hehe..Ikut ummi dia masa kecik2 dulu
Minggu depan dah masuk 5 bulan..Bila nak beralih bulan ni,macam-macam karenah dia buat yang mencuitkan hati dan makan hati..hehehe

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *