kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING

Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi

Assalamualaikum
Adeh….mengantuk sesangat aku dua hari nie..mood nak buat kerja pun dah terasa malas..ada pulak yang kat dalam opis nie suka nak mengarah macam big boss..malas lah nak cerita..buat sakit hati je…
Baik aku cerita pasal anak aku si bambam tu..sejak dah pandai meniarap nie,sampai nak tidur pun meniarap..Kalau meniarap tak sah kalau tak mengamuk..Mengamuk sebab dia masih tak pandai nak mengimbangkan  badan semasa meniarap..kepala pun tak kuat lagi nak mendongak..Bila tangan dia tak berjaya dilepaskan tersangkut di bahagian dada,mulalah tu…
Dah dua malam ummi dia tak lena tidur..Si awfiyah nak cari keselesaan untuk tidur meniarap.,Tapi tak pernahnya nampak keselesaan itu..Mesti dengar dia menangis,sedar-sedar dah meniarap dengan tangan yang masih tak lepas…anak syurga ummi nie,memang nak suruh ummi dia berjaga malam gaknya..
Malam tadi pun sama…still jugak macam tu,merengek..Dia merengek sebab nak tidur dengan kaedah meniarap..Aku pulak risau sebab takut dia lemas bila tidur sambil meniarap..adeh…macam mana nak buat..elok di telentangkan,dia terus pusing badan..Macam tu jugak bila masukkan dalam buaian..sampai dalam buai pun still nak meniarap lagi..
Aku just nak survey kat google ni,bahaya atau tak bila bayi tidur meniarap nie…cara macam mana nak settlekan hal nie..Tapi masa aku terjaga pukul 3 pagi tadi,dia dah elok tidur meniarap sampai ke pagi,,sampai tak sedar aku angkat masuk kereta..isk..iskk…seronok benau dia tidur..mungkin dah dapat keselesaan tidur meniarap gamaknya.ORang kata kalau baby tidur meniarap ni lebih mempercepatkan kekuatan pada leher,bahu dan dada bayi…itu yang aku baca lah…
Sebab tu bila dia tidur,aku jauhkan dari kain busuk dia,bantal busuk dan jugak puting dia..aku pakai tilam/toto yang tak terlalu lembik untuk dia..selimut pun aku tak pakaikan..memang tak pernah pakai selimut pun si bambam tu..apa taknya,asyik kepanasan je..of courselah berpeluh-peluh dibuatnya.
Tak sempat nak snap picture untuk tatapan korang ..maklumlah dah pukul 3 pagi….
klah..ada pulak arahan seterusnya..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

25 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *