blog,  INFO,  motherhood,  PARENTING,  readings

Lima Langkah Penting Membersihkan Botol Susu

Assalamualaikum
Morning ols…Tetiba pulak nak share pengetahuan dari pembacaan aku tadi..Sebetulnya aku nak cari cara yang betul untuk membersihkan botol susu ni..Agak-agak penting tak untuk bersihkan botol susu anak kita..
Jawapan aku,Of Courselah..Sebab dari botol susu tulah segala bakteria akan melekat kalau tak jaga dengan betul..Risiko untuk mendapatkan penyakit seperti batuk dan jangkitan kuman pada tubuh badan baby tu cepat lah..betul tak..Sebab tu aku nak cari cara bagaimana untuk membersihkan botol susu dengan betul..kenkonon nak beli la untuk awfiyah Sterilizer tu…Tapi agak mahal jugak ye…hehe
Kalau ikut cara aku,taklah aku merebus botol susu tu,aku cuma rendamkan dalam air panas je..Selain itu aku tak tertumpu menggunakan satu botol susu sahaja..Setakat nie awfiyah dah ada 4 botol susu,termasuk baru tadi aku beli..ahahaha…Nanti aku cerita dalam next entry ea..Dan Yang Paling PENTING,aku akan sentiasa menukar puting botol susu tu kalau dah berkerak..Rugi Duit???Biarlah,lagipun bukan mahal sangat..Kesihatan anak lagi penting dari semua tu..
Oklah,apa pula Lima langkah Penting tu?
1.Sediakan Peralatan Yang Tepat
Mencuci botol susu nie bukan macam mencuci pinggan tau..Bukan boleh dicuci dengan pencuci pinggan mangkuk..Sebab bila kita guna pencuci pinggan mangkuk nie,bau air sabun ni akan melekat kat botol susu bayi.Perlu guna cecair yang khusus untuk mencuci botol bayi kita.Gunakanlah berus yang betul ketika mencuci.
2.Bila botol susu Selepas Digunakan.
Walaupun botol susu tu,korang akan basuh nanti,pastikan korang membilas botol susu tu setiap kali digunakan..Ini akan menghalang bekas susu lama dan kotoran terkumpul di dalam botol susu tu .SO make sure korang buat occay..(Sebab tu aku lebih suka guna botol susu yang banyak,sebab bila tengah malam,tak payah la mencuci botol susu tu,Aku just rendam dalam besen kecil je)Jika korang rajin,pakailah air panas untuk bilas botol tu.
3. Keluarkan Bahagian-Bahagian  Botol Ketika DIbersihkan
Bab nie kena rajin,walau korang malas sekali pun..Keluarkan puting dari sarangnya..heheh..sarang ke..Leraikan satu-satu supaya setiap inci dan sudut di dalam botol susu dan tutup botol susu tu dibersihkan secara menyeluruh.Bahagian Cincin dot selalu terdedah terhadap penumpukan kotoran.
Drying rack baby
sumber:google
4.Sterilkan Botol Susu Anak
Menstrilkan Botol susu setiap kali selepas dicuci akan membunuh semua bakteria yang mungkin masih ada di dalam botol susu tu.Selain itu korang perlu rendamkan dalam air panas selama 10 minit untuk mematikan bakteria yang ada pada botol susu..Kalau korang ada alat untuk menstrilkan botol susu tu baguslah..boleh gunakan.Kalau macam aku yang takde steril botol tu,aku just letak kat drying rack supaya baki air rendaman itu keluar dan botol susu dalam keadaan kering..Banyak kaedah atau peralatan yang ada dipasaran sekarang nie untuk membantu memudahkan kerja korang…
Pensterilan botol sebaik-baiknya dilakukan sebelum menggunakan botol susu untuk pertama kalinya,atau setelah lama tidak digunakan atau bila anak korang sakit..
sterilizer
sumber:google
5.Keringkan Botol seusu dengan Teliti
Ini sangat penting occay..Botol yang lembab boleh mengundang wujudnya cendawan didalamnya…Pastikan ada udara masuk ke dalam botol susu selama anda mengeringkannya…Kalau puting tu dah nampak kerak-kerak yang banyak,cepat-cepat gantikan dengan yang baru..
Puting susu memang banyak aku spare..Tak boleh tengok puting susu anak berkerak sikit aku dah nak buang puting tu..
occay,itu sahajalah lima langkah penting yang aku baca…Aku yakin,seorang ibu akan memastikan barang keperluan bayi dalam keadaan yang bersih dan selamat..
Sumber aku baca dari sini
.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE