Uncategorized

Adab Nak Kejutkan Anak dari Tidur

Assalamualaikum
kanak-kanak tidur
sumber :google
Saja nak share dekat korang dan jugak share untuk diri sendiri..Nanti Nur awfiyah dah besar,boleh la amalkannya..Bila dah share kat blog sendiri,nak mencari tentang ni,boleh la gode-gode blog sendiri kan..
Ada cara atau adab untuk kejutkan anak-anak kita dari tidur ni..bukan main sergah atau terjerit-jerit panggil nama anak kan..Cara atau adab mengejutkan anak nie tak kira samada anak tu kecil atau pun dah besar,atau masih bayi lagi..Oh..yeke…hehehe..ingat bila dah besar je..
Dari pembacaan aku,meh aku kongsikan sedikit cara atau adab-adab nya
  1. Memberi salam kepada anak yang masih tidur tu secara lembut
  2. Menyentuh ibu jari kaki nya dan goyangkan perlahan-lahan
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyangkan kakinya
  4. Kalau masih belum sedar,kuatkan sedikit suara dan goyangkan badannya
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang,manja atau anak.
  6. Kejutkannya sambil memuji,contohnya :Bangun sayang,anak umi yang baik,anak umi yang soleh/solehah,anak umi yang rajin
  7. Sebaik sahaja anak bangun,gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi,solat subuh,dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  8. Insyallah,anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan kasih sayang.
Cara ni jugak boleh dilakukan pada para-para suami ye..info nie aku dapat dari FB..so,aku sharekan benda yang baik untuk pembacaan readers kan..tak salah berkongsi benda yang baik nie…heheh

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *