happy birthday..,  kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING

Cerita Pasal Nur Awfiyah Pulak

Assalamualaikum
Alhamdulillah…walau pening kepala bercampur dengan ngantuk yang teramat sangat nie,dapat jugak melangkah kaki ke tempat kerja…
Rasanya dah lama tak cerita pasal si bambam ni..Makin membesar anak ummi ni..Makinlah ummi sayang kat dia…Sape tak sayang anak Oiiii…
Dah nak masuk 4 bulan dia..Rasa macam baru je dapat dia..Dari lahir 2.3kg sampailah sekarang nie dah pun 5.5kg..Alhamdulillah…Ramai yang kata dia makin tembam..Mana taknya susu tak habis-habis..Of course la kan dia minum susu,sebab dia belum pandai makan lagi.
Bila dah bertukar bulan,pelbagai perkara baru yang dia buat…Sangat mencuitkan hati..Sekarang nie,tengah malam pun dia bangun..Kekadang dia dok main sorang-sorang…As a mother,takkanlah nak biarkan dia main sorang2 kan..tak syokk oooo..Nak2 kalau dia ketawa sorang2..adeh..macam-macam fikir…bhahaha..
Dah pandai bermain dengan air liur..menyembur sana-sini..patutlah rambut mak ko banyak gugur nak oiii..
Sekarang nie kalau letak bantal kat kepala,memang tak sampai 5 minit..dah hilang dari bantal..Sure punya dah berpusing macam jam..Dari letak kat toto dia,sampailah keluar dari landasan toto tu…anak lah anak..
malas nak ambil gambar dari Tab..heheh…rambut dah macam trojan…Ramai yang geram dengan rambut budak bambam nie
Tapi ummi suka tengok perubahan-perubahan tu..sangat mencuit hati..Hilang segala kepenatan yang ada nie.
Esok genap 4 bulan…alhamdulillah…Rasa mengantuk yang amat sangat nie..perlu berjalan kejap bagi menghilangkan ngantuk…till meet again…ececeh…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

24 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *