Uncategorized

Marhabban vs Beraya

Assalamualaikum
Sabtu sudah…Ada yang masih bekerja dan dahpun bercuti..AKu masih lagi di opis..Bekerja setengah hari,hari nie..Rutin setiap sabtu kan…Tak boleh nak lari melainkan berhenti kerja..hahaha..
sumber:google
Pastinya ramai yang akan menghadiri Jamuan Open house hari nie kan..Kalau korang perasan,tak banyak undangan Jamuan Open house tahun nie kan??.Mungkin menghormati pemergian MH370,MH17 dan juga peperangan di Gaza..Sebaiknya kita menyambutnya dengan secara sederhana pun dah mencukupi.
Dari malam tadi menghabiskan beraya di rumah jiran-jiran tetangga..Itu memang dah menjadi kebiasaan kami setiap tahun di Taman aku tu.Minggu depan dah start Marhabban.Marhabban di tempat aku diadakan lambat sikit la.Yelah,bandar kan…takkanlah nak buat 1st day raya,confirm orang takde..
Seperti kebiasaan setiap tahun,marhabban tempat aku akan diadakan dari rumah ke rumah,cumanya ada satu tempat yang akan menjadi tempat kami berkumpul untuk makan-makan..Bila pi masuk rumah orang,kami cuma bermarhabban je…takde pun sediakan apa-apa..
Bezanya tahun nie,tak perlu datang rumah ke rumah untuk marhabban.Marhabban tahun nie diadakan di dalam cabin yang telah disediakan dikawasan rumah aku nie.Lagi senang dan menjimatkan masa.hehehe…
Balik kejra nie pun masih lagi nak sambung beraya di rumah sepupu2 aku..Yelah…baru hari nie mereka ada kat rumah..Hari raya nie,kena buat appointment..Kalau tak sesaja je datang takde rumah..Yelah..orang sibuk beraya kan..Bila kita call bagitau nak datang, at least diorang tak lah ke mana-mana…
Korang pulak macam mana hari nie..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *