Nagging

Nak bertukar kepada Astro Njoi

Assalamualaikum
Memang dah lama pasang niat untuk bertukar dari Astro biasa kepada Astro Njoi nie.Astro Njoi nie aku rasa menjimatkan kerana pembayaran hanya sekali je..Lagi Murah kalau dah ada akaun astro,dah ada decoder,hanya bayar rm99 je..Kalau takde Astro memang mahal sikit la..
Yang aku google tadi,kat blog kujie, kalau takde akaun astro, korang kena bayar RM328 untuk kotak DMT dan RM228 untuk kotak DMT yang dibaik pulih..itu tak termasuk caj pemasangan RM100..Kalau dah ada akaun astro macam aku nie,alhamdulillah..murah la..
Kalau korang tak tau apa itu Astro Njoi,meh aku tolong sharekan dengan korang..Aku share jugak macam mana nak bertukar kepada Astro Njoi ni
Apa itu Njoi
Njoi TV Satelit Percuma Dari Astro.
-Tanpa komitmen (tiada bayaran bulanan)
-Tanpa Kontrak
-22 saluran TV percuma, 20 saluran radio percuma
-Beli Prabayar jika ingin lebih saluran TV
-Tidak akan dipotong kerana memang tiada bill bulanan
Dengan Njoi anda akan dapat menikmati 22 saluran Tv dan 20 saluran Radio untuk hiburan, informasi dan pembelajaran.
njoi-TVchannels
Antara saluran TV free yang terdapat dalam package Astro Njoi nie
njoi-radiochannels
Ni pulak saluran radio percuma untuk dinikmati..
njoi-prabayar
Dan yang ini pulak saluran yang boleh dipilih melalui prabayar..so korang boleh mendapatkan kad prabayar Njoi untuk menikmati saluran berbayar.Harga pun murah jugak..at least,kalau kita nak tengok siaran berbayar nie,baru kita beli kad prabayar tu..kalau taknak tengok,tak payah la kan beli…Janji tengok siaran tu terang…takdelah kabur jerk kan..
Cara menggunakan kad prabayar astro Njoi
Njoi Prabayar banner - Generic BM
Step 1
Gores panel kelabu di hadapan kad anda untuk mendapatkan nombor pin 16 digit anda.
Step 2
Taip: 111 <jarak> No IC <jarak> Nombor PIN 16 Digit <jarak> Kod Saluran dan SMS ke 33310.
Perbandingan Astro nJOI – Astro Biasa – Antena Biasa
Astro njoi memang tiada bandingan dari segi nilai dan harga. nJOI memang berbaloi kerana bila dibandingkan dengan antena TV biasa
  1. Harga lebih kurang sama
  2. 3x kali lebih saluran yang percuma
  3. Gambar yang jelas dan tiada bandingan
  4. Ada 20 saluran radio, antena biasa tiada keupayaan radio
  5. Ada option untuk membeli saluran tambahan jika ingin
Package Lengkap yang ada Dalam Astro Njoi ni
Salah satu sebab kenapa aku nak tukar sangat Astro biasa ke AStro Njoi ni,bayar tiap-tiap bulan,tapi jarang tengok Tv..Lagi satu MIL memang suka tengok tv 1 je..So,sayangkan kalau tak menikmati siaran-siaran lain..Kalau korang kira-kira balik pun,rasa macam rugi pulak bila bayar tiap-tiap bulan..Kalau sebulan kroang bayar RM70.setahun dah berapa kan?Berbanding dengan astro Njoi yang hanya perlu bayar RM99 sekali sahaja.
Aku rasa dah ramai pakai AStro Njoi ni untuk penjimatan..Sedang berkira-kira nak call Astro untuk berubah kepada Njoi..
Kalau korang nak jugak menikmati penjimatan seperti ini,boleh layari website AStro Njoi nie kat sini http://www.astro.com.my/njoi atau kalau korang nak daftar korang boleh klik link SINI
oklah..en.husband,bulan nie dah boleh pasang astro Njoi..Ni dah dapatkan maklumat nie…sila baca,..hehehe
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE