Raya Moments

Salam Lebaran Dari Kisahsidairydotcom

Assalamualaikum
Yang pastinya ramai hari nie last day bekerja.Tapi aku esok masih lagi bekerja separuh hari..Lepas tu dah cabut balik kampung.Insyallah..
Entry khas ini ditujukan kepada rakan blogger yang mengenali tuan blog ini secara rasmi di alam maya ataupun tidak..cewahhh…Nak wish awal-awal kat korang semua,sebab bila dah kat kampung nanti,memang dah tak sempat nak up entry bagai..Bahang raya dah semakin hampir dengan kita…
Keindahan beraya nie apabila kita semua berkumpul dalam satu keluarga.Kekecohan di kampung dengan hilai tawa anak-anak dan cucu-cucu mampu membuatkan ibu bapa kita tersenyum kan..Pada hari raya nie jgugaklah kita akan berkumpul adik beradik.Membuat segala persiapan bersama-sama..
Alhamdulillah…
Di kesempatan ini,aku ingin menyusun sepuluh Jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan aku yang melukakan hati rakan-rakan,bergurau secara kasar,memberi komen yang tak masuk diakal..Mohon kemaafan.Semoga dengan kedatangan syawal ini,memberikan seribu kemanisan dan kegembiraan untuk korang semua..
                        
sumber : 1malaysia
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

mysumber.com 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *