Uncategorized

Nur Awfiyah terpaksa ditahan!!

                                                                             Assalamualaikum
Hari ni masih bermalam di hotel ni ke.? Hotel budget milik kerajaan ni, sungguh tak selesa bila kaum penjaga menjaga anak mereka yang sakit kan…hehehe.hotel budget yang aku maksudkan tu adalah Hospital…sungguh tak  lena nak tidur malam tadi..Nak je aku tidur kat sofa ni, tapi disebabkan nanti Nur Awfiyah berjaga, satu hal pulak nak kena bangun.Last2 terpaksalah tidur sekatil yang comel dengan dia.
Nur Awfiyah admitted petang semalam, sebab paru paru dijangkiti kuman..Patutlah sehari yang lepas, dengar pernafasan awfiyah.semalam pun aku halfday, bila akak ipar aku call semalam, katanya nafas nur awfiyah dah makin kuat dengarnya.
Cepat cepat call en.husband siap2 untuk ke hospital..taknak dah ke klinik swasta lagi sebab rabu lepas baru pergi.Biarlah doktor kerajaan check awfiyah secara details kan.
Masuk je bilik pendaftaran, awfiyah dah kena check, pembantu makmal tu kata suspek paru paru berair..Dalam hati Allah je tau, macam mana perasaan bila dengar nur awfiyah kena macam tu.Terus masuk dekat emergency room, lepas doktor periksa, nur awfiyah kena ambil darah.meraung sekuat hati la dia, lepas ambil darah, terus bawak pi xray dan masuk semula kat emergency room, doktor masuk gas..ala…macam orang kena semput tu..Doktor sahkan ada jangkita kuman pada paru paru awfiyah, walau pun tak banyak, tapi doktor bimbang sebab awfiyah kecil algi..terus admitted..
Harap awfiyah cepat sembuh sebelum syawal datang…amin..
Mata dah sembab sebab banyak sangat menangis…doakan saya sembuh ye aunty n uncle ..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *