Uncategorized

Kewajipan Dan Kelebihan Zakat Fitrah

Assalamualaikum
Kewajipan menunaikan zakat fitrah dikenakan ke atas setiap orang yang dikira masih lagi mempunyai makanan yang mencukupi bagi dirinya dan tanggungannya di Aidilfitri.
Kewajipan kita menunaikan zakat fitrah dinyatakan oleh Saidina Umar RA berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
” Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ,dari Abu Said  Al-Khudry bermaksud :-
” Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering. “
Terdapat beberapa kelebihan menunaikan Zakat Fitrah ni kalau korang nak tahu,Dalam pembacaan aku,kelebihan atau faedah zakat fitrah ini terbahagi kepada 4 sudut iaitu dari sudt rohani,ibadah,masyarakat dan ekonomi,
Kelebihan Zakat Fitrah dari segi rohani,ia mampu untuk mendidik hati dan menjauhkan kita daripada bersifat keji seperti kedekut dan mementingkan diri sendiri.
     “sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud:”Diwajibkan Oleh Rasulullah SAE bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan memberi makan bagi orang miskin”
Kelebihan zakat  fitrah dari sudut ibadah pula ialah zakat fitrah boleh menampung ibadah puasa yang mungkin berkurangan disebabkan kelakuan kita ketika berpuasa dan juga boleh menyucikan orang-orang yang berpuasa dari sifat lagha dan bercakap kotor atau keji di bulan Ramadhan ini.
Kelebihan zakat fitrah dari sudut masyarakat pula ialah memberi rasa kebersamaan orang yang berpuasa terhadap saudara-saudaranya yang fakir lagi miskin.Rasa kebersaman ini lahir apabila golongan yang fakir ini mampu menikmati kemeriahan hari raya bersama seperti saudara-saudara mereka yang lebih berkemampuan .Manakala golongan pembayar zakat dapat merasa ketenangan dan kegembiraan yang terpancar dari raut wajah golongan yang fakir ini.Ia juga dapat menyucikan masyarakat dari sifat-sifat tercela seperti hasad dengki,iri hati,dendam ,tamak, kedekut,ujub,riak dan takbur.
-Kelebihan zakat fitrah dari sudut ekonomi pula ialah apabila permintaan dalam pasaran meningkat,sudah tentu aktiviti ekonomi akan bertambah rancak dan ini sudah tentu mampu meningkat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan terhadap negara khususnya.Disamping itu juga ia dapat membantu golongan fakir miskin memenuhi keperluan di Aidilfitri,para peniaga juga dapat kelebihan daripada kefarduan zakat fitrah ini.
Ekonomi negara islam sudah pasti akan berada di tahap yang baik dan dapat meneruskan momentum kenaikkannya sepanjang bulan ramadhan.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa zakat fitrah adalah antara unit terpenting dalam ekonomi islam uang mampu memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dan negara khususnya dari sudut ekonomi selain merupakan terapi rohani dan jasmani kepada masyarakat sekaliannya.

sumber: sini

” Barang siapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka zakat itu dterima dan barangsiapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa. ” ( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) .

Eh..Lupa nak tanya en,hsuband samada dah bayar zakat atau belum..Dah nak beraya nie,kenalah tunaikan secepat mungkin kan..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *